BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB: Selepas 21 Hari Mengundi

aku ada terbaca kat mana ntah yg Perak boleh MB bangsa lain dgn peruntukan kuasa sultannya....

sultan Selangor xde peruntukan kuasa tuh....maknanya MB Selangor cam2 manapun kena Melayu Islam....

Bergantung pada budi bicara Sultan Perak sekiranya tiada calon bangsa melayu beragama Islam yang berwibawa...tapi dengan bersyarat la...:D
 
Khalid angkat sumpah MB Selangor esok
12/03/2008 9:19pm

SHAH ALAM 12 Mac – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, esok.

Abdul Khalid, 62, akan mengangkat sumpah dan melafazkan ikrar taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, pukul 3.30 petang esok.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu, Abdul Khalid memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Sayuti Said dengan majoriti 1,920 undi.

Ini adalah kali kedua beliau bertanding di kerusi itu, setelah cubaan kali pertama bertanding pada pilihan raya kecil kawasan yang sama April tahun lepas tetapi tewas kepada calon BN, K. Parthiban. – Utusan.
 
Calon Pas, Ir. Mohammad Nizar sah MB Perak
12/03/2008 7:24pm

IPOH 12 Mac — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Beliau bakal mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang esok.

Nizar, Ahli DUN (ADUN) Pasir Panjang berkata, perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu menghadap di Istana Kinta di sini pukul 5 petang ini.

Pas, DAP dan PKR semalam mengemukakan tiga nama - Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, 47; Bendahari PKR Perak, Jamaluddin Mohd Radzi, 52; dan Nizar, untuk dipilih oleh Sultan bagi jawatan itu dan seterusnya mengetuai kerajaan negeri yang baru.

Senarai nama berkenaan dikemukakan selepas ketiga-tiga parti itu mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran.- BERNAMA.
 
kalau nak tau undang2 ko gi tanya kat PM ar.
 
Back
Top
Log in Register