ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Johor antara negeri yang paling banyak sekolah hasil peruntukan kerajaan pusat.
NUSAJAYA - Kerajaan negeri menafikan peruntukan daripada kerajaan pusat tidak setimpal dengan sumbangan besar negeri ini kepada pendapatan kasar kerajaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai tidak tepat, lebih-lebih lagi jika kenyataan bersandarkan jumlah peruntukan tunai sahaja.
"Tahukah ahli-ahli Dewan bahawa Johor mempunyai antara sekolah paling banyak di Malaysia iaitu 904 sekolah rendah pelbagai jenis dan 1,178 sekolah menengah pelbagai jenis. Dan Johor mempunyai jumlah guru yang sangat ramai mencecah 46,690 orang.
"Itu belum lagi kita bercerita tentang peruntukan seramai 9,393 anggota PDRM sehingga menyumbang kepada penurunan kadar jenayah dan ribuan anggota Angkatan Tentera Malaysia ditugaskan di Johor. Kesemua ini adalah peruntukan kerajaan pusat sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan ucapan penggulungannya pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13, di sini, semalam.
Mohamed Khaled berkata, semua wakil rakyat Johor harus sedar perbelanjaan besar dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk membangunkan Iskandar Malaysia dan Pengerang.
"Ini semua adalah peruntukan kerajaan pusat yang akan memberi manfaat secara terus kepada Johor.
"Lihat sahaja bagaimana Johor dihubungkan dengan lingkaran jalan raya dan lebuh raya yang besar, selesa dan berkualiti. Semuanya sumbangan kerajaan pusat," katanya.
Beliau berkata, selain itu pintu sempadan Johor-Singapura adalah pintu masuk sempadan yang paling sibuk di Malaysia.
"Malah menjadi pintu masuk utama ke negara ini. Untuk itu, kerajaan pusat telah memperuntukkan seramai 2,690 kakitangan Jabatan Imigresen di Johor, menggunakan perbelanjaan kerajaan pusat sepenuhnya," katanya.
Mohamed Khaled berkata, Johor mempunyai 44 pusat kesihatan terdiri daripada beberapa hospital, klinik dan pusat kesihatan di mana 22,378 kakitangannya pelbagai pangkat di Johor dibiayai kerajaan pusat.
Ujarnya, beberapa universiti awam di Johor selain peruntukan tahunan kepada institusi pengajian tinggi juga diuruskan menggunakan peruntukan kerajaan pusat.
"Jadi janganlah kita melupakan sumbangan material dan sumber tenaga besar ini dan hanya melihat daripada perspektif peruntukan geran per kapita semata-mata.
"Marilah kita melihat perkara ini daripada sudut pandang yang lebih luas, lebih besar, lebih bermakna dan lebih adil," katanya.