BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maybank Perkenal Aplikasi E-Dompet MAE, Kemudahan Perbankan Digital

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Maybank telah memperkenalkan aplikasi terbaharu mereka iaitu MAE by Maybank2u dimana ia merupakan aplikasi lain daripada Maybank yang mengkhususkan E-Dompet. Pengguna Maybank dan bukan pengguna Maybank boleh menggunakan aplikasi ini. Dengan mendaftar MAE, pengguna boleh membuat tambah nilai seperti aplikasi E-Dompet yang lain serta mendapatkan kad debit fizikal bagi tujuan pembelian di kedai.

Terdapat beberapa ciri menarik dalam aplikasi ini iaitu ciri Expenses dimana pengguna boleh memantau perbelanjaan yang dilakukan secara menyeluruh dan setiap perbelanjaan ini disusun mengikut kategori seperti makanan, utiliti dan membeli-belah.

Antara ciri lain adalah fungsi Tabung dimana Maybank memperkenalkannya untuk pengguna menyimpan duit secara konsisten dan berkala untuk mencapai matlamat mereka. Terdapat dua jenis Tabung yang boleh dibuka iaitu untuk individu dan kumpulan. Dengan ciri ini juga, pengguna boleh menabung bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh memuat-turun aplikasi ini di peranti Android dan iOS.

Screenshot-2020-10-08-at-3.00.52-PM.png
 
Maybank MAE Tawar Pulangan Tunai 30% Sehingga RM10

Maybank MAE Tawar Pulangan Tunai 30% Sehingga RM10 Untuk Belanja RM30 Dan Ke Atas – Sehingga 11 Januari 2021;

Maybank kini telah mengumumkan promosi baru memfokuskan kepada para pengguna kad Maybank MAE. Seperti semua sedia maklum, kad ini telah diperkenalkan sebelum ini oleh Maybank, dimana ia dipautkan kepada aplikasi bagi memudahkan anda menyemak belanja, dan melakukan simpanan.

Terbaru, Maybank hadir dengan promosi menawarkan pulangan tunai sehingga 30% pulangan tunai (terhad kepada RM10 setiap transaksi) apabila anda belanja RM30 dan ke atas. Setiap pengguna diterhadkan untuk pulangan tunai sebanyak dua kali sahaja, dan terhad sebanyak 3040 tebusan pulangan tunai menyeluruh setiap hari.

Maybank menjalankan kempen ini antara 22 Disember 2020 sehingga 11 Januari 2021. Pulangan tunai ini juga tertakluk kepada anda yang melakukan transaksi menggunakan kad fizikal MAE sahaja, dan bukannya melalui aplikasi.

Maybank mengatakan transaksi boleh dilakukan di semua peruncit dan kedai – sama ada dalam negara atau luar negara.

Bagi anda yang menggunakan kad Maybank MAE boleh menyertai kempen ini, dan mendapatkan lebih penjimatan. Sebagai alternatif, anda juga turut boleh mendaftar dan mendapatkan Maybank MAE ini hari ini secara percuma.

Screenshot-3409.jpg

Layari https://www.maybank2u.com.my/mayban...ces/digital_banking/mae_promo_30cashback.html
 
Last edited:
Maybank Perlihat MAE Lebih Baik Berbanding M2U - Persediaan Awal Untuk Gantikan M2U Sepenuhnya ?

Maybank sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi perbankan pintar baru dinamakan sebagai MAE. Melaluinya, ia menawarkan ciri seumpama Maybank2U, tetapi dengan sejumlah ciri tambahan termasuk yang memfokuskan kepada simpanan. Ketika pelancarannya pada Oktober 2020 lepas, pihak Maybank sedia mengatakan kelak mereka akan menggantikan sepenuhnya aplikasi Maybank2U, dan memfokuskan kepada MAE sahaja.

Selari dengannya, kini pihak Maybank dilihat telah memulakan langkah ke arah tersebut. Terbaru, pihak Maybank hadir dengan promosi memberikan ganjaran sebanyak RM8 untuk pengguna baharu yang mendaftar MAE. Disamping itu, mereka juga turut berkongsi infografik ringkas memperlihatkan kelebihan MAE berbanding dengan aplikasi Maybank2U.

Bagi yang belum mencuba MAE, ia menawarkan ciri yang mengalakkan simpanan, memudahkan pengguna memantau perbelanjaan, disaping membolehkan anda memohon kad fizikal. Menariknya, MAE juga turut boleh digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai akaun Maybank.

Screenshot-3748.jpg

Sumber asal
 
ade tapi x guna pon..
 
Maybank MAE Hanya Akan Sokong Android 9 Ke Atas & iOS 13 Ke Atas Bermula April 2022

Maybank
kini mengumumkan aplikasi MAE akan hanya menyokong sistem operasi Android 9 dan terkini, selain iOS 13 dan terkini bermula April 2022.

Tangkapan-Skrin-2022-03-29-pada-12.16.33-PTG-950x227.png.webp


Perubahan ini adalah sebahagian usaha untuk memastikan ia terus menawarkan sokongan terkini, disamping pengalaman perbankan yang selamat. Pengguna perlu menggunakan peranti dengan Android 9 dan terkini, atau iOS 13 dan terkini untuk kekal menggunakan aplikasi MAE. Sekiranya anda sedia menggunakan versi sistem operasi terkini, anda tidak akan terjejas dengan perubahan ini, dan boleh kekal menggunakan aplikasi MAE seperti biasa.

Maybank mengatakan MAE tidak akan dapat digunakan pada peranti mudah-alih yang tidak menggunakan versi sistem operasi minima berkenaan selepas April 2022 kelak.​
 
Back
Top
Log in Register