BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini Senarai 10 e-Dompet Yang Sudah Boleh Di Gunakan Di China

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Ant Group mengumumkan sebanyak tujuh lagi e-dompet dan aplikasi pembayaran Asia terkemuka ke dalam Program “Alipay+-in-China” (Program A+China) iaitu mPay (Macao SAR, China), Hipay (Mongolia), Changi Pay (Singapura), OCBC (Singapura), Naver Pay (Korea Selatan), Toss Pay (Korea Selatan) dan TrueMoney (Thailand).

Pengguna e-dompet tersebut akan dapat menggunakan e-dompet negara asal mereka pada telefon untuk menikmati pengalaman pembayaran mudah alih yang lancar di China di seluruh rangkaian rakan niaga (merchant) Alipay.

Sebelum ini hanya 3 e-dompet sahaja dapat digunakan di negara itu iaitu AlipayHK (Hong Kong SAR, China), Touch ’n Go eWallet (Malaysia) dan Kakao Pay (Korea Selatan) merupakan kumpulan pertama yang menyertai program tersebut pada akhir tahun 2022.

Infographic.jpg


Pengguna semua e-dompet ini boleh menggunakan aplikasi pembayaran negara asal mereka di mana-mana tempat yang menerima Alipay, bagi menikmati pembayaran yang selamat, lancar dan tanpa tunai, serta kadar pertukaran yang telus dan kompetitif. Selain itu, mereka juga dapat menikmati tawaran promosi tambahan melalui Alipay+ Rewards.

Jumlah pembayaran yang dibuat di China melalui e-dompet A+China yang paling awal iaitu Kakao Pay, Touch ’n Go eWallet and AlipayHK, telah meningkat 47 kali ganda dalam hanya 6 bulan antara Mac dan Ogos 2023.

Dalam pada itu, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen merupakan bandar kegemaran pelancong dari Korea Selatan, Malaysia dan Hong Kong SAR, manakala makanan dan minuman, runcit dan pengangkutan merupakan tiga senario terumum untuk transaksi tersebut.​
 
Back
Top
Log in Register