BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemindahan Wang Ke Akaun 'e-Wallet' Terhad RM150 Sebulan - Hong Leong Bank

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Berkuat kuasa Disember 2022, pemindahan wang daripada aplikasi dan laman web HLB Connect ke akaun e-dompet (e-wallet) akan dihadkan ke RM150 sebulan, umum Hong Leong Bank. Bank tersebut berkata ia merupakan salah satu langkah keselamatan. Namun, perkhidmatan pelanggan mereka di Twitter menjelaskan bahawa had RM150 hanya terpakai untuk pemindahan wang daripada HLB Connect. Jika anda melakukan tambah nilai daripada aplikasi e-dompet sendiri, maka ia tidak terikat dengan had RM150 tadi.

Malah, jika anda membuat pembayaran di kedai menggunakan kod QR DuitNow, ia juga tidak terikat dengan had tersebut, walaupun kod QR pekedai tersebut terpaut pada akaun e-dompet. Tambah nilai/pindah wang daripada HLB Connect = Had RM150 sebulan



Jadi, katakanlah anda tambah nilai daripada aplikasi TNG eWallet melalui kad atau melalui FPX, maka boleh tambah nilai tersebut tidak dikira dalam had RM150 bulanan tadi.

1669710338577.png

Seperti disenaraikan dalam tangkap layar di atas, 8 e-dompet terlibat ialah TNG eWallet, Shoppee, Grab, Bigpay, Boost, Fave, Razer dan Finexus.

 
Back
Top
Log in Register