BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mayat rentung dalam van

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
FB_IMG_1626358567962.jpg
FB_IMG_1626358583877.jpg
FB_IMG_1626358586226.jpg
FB_IMG_1626358588246.jpg
FB_IMG_1626358590621.jpg
FB_IMG_1626358592724.jpg

Mayat rentung dalam van

Kota Bharu: Lelaki ditemukan rentung dalam sebuah van yang terbakar di Kampung Bechah Keranji, di sini hari ini.

Mangsa dipercayai dikenali sebagai Ibrahim Mohamed Noor, 59.

Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung yang ingin ke sawah, kira-kira jam 4 petang, selepas memeriksa sebuah van yang sudah hangus terbakar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, mangsa ditemui di tempat duduk pemandu.

Katanya, identiti sebenar mangsa sukar dikenali kerana keadaannya yang hanya tinggal rangka.

"Berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung, mereka memaklumkan ternampak kepulan asap tebal di lokasi pada petang semalam namun menyangkakan hanya kebakaran biasa memandangkan ia adalah kawasan semak serta kedudukannya 200 meter daripada jalan utama.

"Bagaimanapun, seorang penduduk yang masuk ke kawasan itu ternampak sebuah van yang rentung sebelum menemui rangka manusia yang hangus 100 peratus di tempat duduk pemandu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pesara tentera dan memiliki kad rawatan mental serta mengalami masalah kemurungan sejak sekian lama.

Menurutnya, mangsa yang juga mengusahakan perniagaan katering sering mendapatkan rawatan di hospital mental di sini dan keadaan kesihatannya semakin teruk sejak kematian bapa mentua awal tahun ini.

"Menurut anaknya, mangsa sempat mengisi penuh tangki minyak kenderaan terbabit pada petang semalam sebelum keluar.

"Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat serta proses pengecaman dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Sementara itu anak mangsa, Amin Ibrahim, 19, berkata, bapanya keluar jam 5 petang semalam dan tidak pulang ke rumah selepas itu.

Katanya, bimbang berlaku perkara buruk, dia ke balai polis berhampiran untuk melaporkan kehilangan bapanya.

"Saya juga membuat hebahan menerusi aplikasi WhatsApp selain keluar mencari bapa bersama rakan serta penduduk kampung di sekitar kampung namun gagal sebelum menerima berita mengenai penemuan van dan rangka manusia yang sudah rentung," katanya.

*hmetro
Gambar: Polis/media sosial
 
KEBAKARAN | Mayat Ditemui Dalam Van Terbakar

Mayat rentung ditemukan dalam sebuah van yang terbakar dalam kejadian Di Kampung Bechah Keranji, di Kota Bharu, Kelantan.

Timbalan Ketua Polis (SAC) Abdullah Muhamad Piah berkata, mayat dalam van yang hangus itu dijumpai penduduk kampung yang ingin ke sawah jam 4 petang semalam.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Back
Top
Log in Register