TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,504
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,504
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Mayat rentung dalam kereta
Norzamira Che Noh- Oktober 1, 2021 @ 4:08pm[email protected]
Polis memeriksa Perodua Kancil yang terbakar dan terdapat mayat rentung di dalamnya. FOTO IHSAN POLIS
KLANG: Satu mayat rentung ditemui dalam kereta yang terbakar dekat kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Perepat dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan rentung sekitar jam 10 pagi.
Katanya, pasukan polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dengan dibantu Unit Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) polis serta Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
"Siasatan awal mendapati kereta yang hangus itu jenis Perodua Kancil dan terdapat satu mayat di tempat duduk belakang yang sudah 90 peratus terbakar.
"Berdasarkan keadaan mayat, polis percaya kejadian berlaku antara dua atau tiga hari lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Vijaya Rao berkata, hasil pemeriksaan mendapati kereta itu adalah milik seorang wanita tempatan yang tinggal di daerah itu.
Katanya, wanita berkenaan mendakwa kereta itu dipandu bapanya yang keluar dari rumah sejak seminggu lalu dan turut membuat laporan polis selepas bapanya tidak pulang ke rumah.
"Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperoleh," katanya.
Mayat rentung dalam kereta | Berita Harian
KLANG: Satu mayat rentung ditemui dalam kereta yang terbakar dekat kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Perepat dekat sini, hari ini.