BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat menjerit minta tolong

Cybernet

Fun Poster
Messages
149
Joined
Sep 26, 2010
Messages
149
Reaction score
17
Points
25
CAPE TOWN: Seorang lelaki
berusia 50 tahun yang dikatakan
sudah meninggal dunia tiba-tiba
saja bangkit di dalam sebuah
rumah mayat yang sejuk dan
menjerit minta tolong di keluarkan sehingga menakutkan
dua orang penjaga yang
menyangka dia hantu.

“Keluarganya ingat dia sudah
meninggal dunia,” kata
jurucakap kesihatan Sizwe
Kupelo.

“Keluarganya telah memanggil
pengurus mayat swasta dan
terus membawa lelaki yang
dianggap sudah mati, ke rumah
mayat, tetapi lelaki itu tiba-tiba
bangun jam 5 petang dan menjerit mahu keluar dari
tempat sejuk.” Jeritannya
menyebabkan dua orang penjaga
bangunan yang terletak di
Libedo di kawasan pendalaman
Cape Timur melarikan diri kerana mereka menyangka lelaki itu
hantu.

Selepas mereka meminta
bantuan dan pulang ke bangunan
itu, mereka dapati lelaki itu
masih hidup dan terus memanggil
ambulans. Lelaki itu sudah
“terdedah di dalam suhu yang sangat sejuk hampir 24 jam,”
kata Kupelo.

Katanya, orang ramai
sepatutnya tidak membuat
kesimpulan seseorang itu sudah
mati dan terus hubungi rumah
mayat.
 
huhh.. diberi peluang ke-2..
 
huh..mmg seram kalau ada suara minta tolong dari bilik mayat..naseb bek tak mati kesejukan dlm tu...bhaya nya...
 
selagi ajal x sampai selagi tu boleh hidup
 
x kan family dia x rasa nadi atau degupan jantung dia dlu sblom kata dia mati..rasa2 family dia nk sngt dia mati kot..:-?:-?:-?
 
Cian orang neh... wat naya je. Tapi kalau kena kat aku... memang aku takut..
 
sejuk sgt tu mintak tolong
 
Back
Top
Log in Register