BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat berbungkus terapung

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
mayat_sungai_1544455904.jpg

Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh, ditemui di Pengkalan Nelayan, Kampung Sungai Sireh Tambahan 2. FOTO Ihsan Pembaca






MAYAT dipercayai mangsa bunuh ditemui di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, di Pelabuhan Klang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang, mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan selimut tebal dan diikat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mayat berkenaan ditemui seorang lelaki sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Anggotanya yang berkejar ke lokasi sejurus menerima maklumat mendapati mayat itu dalam keadaan berbalut dengan selimut tebal.

“Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor yang dipanggil ke lokasi kejadian mendapati mayat itu dipercayai sudah berada dalam air dalam tempoh lebih seminggu sebelum ditemui,” katanya

Beliau berkata, sehingga kini keadaan mayat masih berbalut dan akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat pagi Rabu.

“Motif kejadian dan punca kematian belum dapat dipastikan dan akan diketahui selepas proses bedah siasat pagi Rabu nanti,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis memohon orang awam yang kehilangan atau tidak dapat menghubungi mana-mana ahli keluarga mereka untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/402444/mayat-berbungkus-terapung#cxrecs_s








.
 
Foto media sosial.

48181034_206542370235096_5313157922799222784_n.jpg

48275187_206542393568427_760734941158834176_n.jpg

Mayat lelaki Cina dengan 10 rekod jenayah

KLANG - Misteri identiti mayat yang ditemui dibaluti selimut toto dipercayai dibunuh di pangkalan nelayan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang di sini Isnin lalu, akhirnya terbongkar apabila didapati seorang lelaki yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ini adalah hasil semakan rekod terhadap mayat tersebut selepas proses bedah siasat oleh doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam.

Katanya, berdasarkan bedah siasat itu mendapati punca kematian adalah disebabkan atas sebab tidak dikenalpasti akibat pereputan badan.

"Hasil bedah siasat mendapati mayat itu seorang lelaki warga tempatan dengan mempunyai tanda suntikan bacille calmette-guerin (BCG) dengan mayat dipercayai telah berada di air selama lima hingga tujuh hari.

"Semakan rekod terhadap cap jari mayat mendapati merupakan lelaki Cina berusia 56 tahun dan mempunyai 10 rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Shamsul, kesemua rekod jenayah lampau tersebut melibatkan enam kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dua di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.

"Selain itu, si mati juga didapati mempunyai masing-masing kesalahan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)," katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Penduduk Kam*pung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang di sini Isnin lalu dikejutkan dengan penemuan mayat dibaluti selimut toto dipercayai dibunuh di pangkalan nelayan kampung itu.

Mayat tersebut ditemui pukul 6.49 petang oleh oleh seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut.


http://www.kosmo.com.my/negara/maya...panya-lelaki-punyai-10-rekod-jenayah-1.804264
 
Foto media sosial.

48181034_206542370235096_5313157922799222784_n.jpg

48275187_206542393568427_760734941158834176_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register