BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut tertembak kepala sendiri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg




GEORGETOWN - Seorang bekas peniaga ikan arowana maut apabila tertembak dirinya sendiri di sebuah tokong di bawah sebuah flat di Jalan Perak petang semalam.

Mangsa, Goh Kim Leong, 50, dikatakan mengamuk sebelum tertembak belakang kepalanya sebelah kanan dan maut serta merta di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.10 petang.

Mangsa yang berasal dari Balik Pulau dan tinggal di Batu Lanchang itu meminta anaknya yang berusia 22 tahun menghantarnya ke tokong berkenaan.

“Dari keterangan awal saksi, mangsa yang baru sampai di tokong berkenaan didapati dalam keadaan marah-marah dan mengamuk. Mangsa kemudian meminta empat lelaki yang berada di dalam tokong ketika itu supaya beredar.

"Menyedari mangsa mempunyai senjata, tiga daripada lelaki berkenaan lari menyelamatkan diri manakala seorang lagi tidak sempat berbuat demikian,” katanya kepada media di tempat kejadian semalam.

Menurutnya, selang beberapa minit kemudian, mereka terdengar bunyi tembakan dan mangsa rebah di dalam tokong berkenaan.

“Hasil siasatan, kita menjumpai sepucuk pistol semi automatik, sebutir peluru dalam kelopak peluru berukuran 9 milimeter (mm), sebutir peluru lagi dalam pistol dan satu kelongsong peluru jenis sama di tempat kejadian.

"Siasatan awal, kita klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Kita juga dibantu Jabatan Forensik dan Patalogi Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. Setakat ini, punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Mazlan berkata, keempat-empat saksi mengenali mangsa kerana pernah tinggal di situ dan mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.

“Kes ini disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api kerana memiliki pistol dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana membunuh diri,” katanya.

Difahamkan, mangsa mempunyai dua isteri yang mana isteri pertamanya tinggal di flat yang terletak di tokong berkenaan.

Mangsa mempunyai empat anak bersama isteri pertamanya manakala seorang dengan isteri kedua.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/maut-tertembak-kepala-sendiri-1.177740
 
Last edited:
apsal masuk tokong marah2..hantu tipu bg nombor xkena ka?
 
ni bunuh diri, bukan tertembak diri
 
rasanya tembak kepala lg cepat mati hilang sengsara dari tembak dperut.tembak blank terus..
 
Point nyer skrg mcmana senjata api tu leh ade kat tangan dia????:-?
 
bini pun ada dua
pistol apa la sgt
 
bagaimana peniaga arowana boleh dapat lesen pistol ? cer ajar aku.
 
Back
Top
Log in Register