BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut Tersepit Selepas Bertembung Bas Ekspres

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
27.05.2019 - Kuantan, Seorang lelaki maut selepas tersepit di tempat duduk apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 333, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, dekat Kampung Gesing di Raub, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pada kejadian 4.10 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Chan Tian Lai, 47, dari Kampung Baru Jerkoh di Benta, Raub.

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang memandu kereta Proton Wira memasuki laluan bertentangan dan pemandu bas ekspres mendakwa tidak dapat mengelak ekoran jarak yang dekat," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata pemandu bas dan 13 penumpang yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

e926aceb88995353d1388baa17502b315b9f513148a8c


Berita asal http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1730056
 
Back
Top
Log in Register