eboss
CG Hardcore


- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SATU pasangan melihat sebuah kereta terbakar selepas menyertai satu perlumbaan haram di Pulau Slaten, New York kelmarin.
NEW YORK - Seorang pemuda berumur 20 tahun, Philip Boney-Scrivano mati selepas kereta yang dipandunya dalam satu perlumbaan haram terbabas dan merempuh stesen minyak sebelum terbakar, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa kejadian, dia sedang berlumba dengan Korey Swatz, 33, di Pulau Staten pada pukul 2 pagi waktu tempatan kelmarin di sini.
Kegagalan Boney-Scrivano mengawal keretanya yang dipandu pada kelajuan lebih 160 kilometer sejam menyebabkan ia terbabas dan melanggar sebuah meter tempat meletak kenderaan.
Mayatnya tercampak keluar dari kereta dan mengenai tiang telegraf menyebabkan ia terputus dua.
Kereta itu kemudian merempuh sebuah stesen minyak menyebabkan satu letupan berlaku.
Namun, seorang penumpang kereta itu terselamat apabila dia ditarik keluar oleh anggota-anggota bomba semasa ia terbakar.
Mangsa yang terselamat itu dihantar ke sebuah hospital.
Swatz yang berlumba dengan si mangsa kemudian ditangkap polis semasa dia terkejut melihat kebakaran kereta itu.
Polis kemudian mendakwa Swatz kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Si mangsa turut dipercayai meminum minuman keras sebelum kemalangan berlaku.
Boney-Scrivano membeli kereta itu lima hari sebelum kemalangan ngeri itu berlaku. - Agensi