BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut pada hari lahir

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

MAYAT Muhamad Izzat Imran Saidi ditutup dengan tikar selepas kemalangan di Kilometer 1, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali, Kelantan, kelmarin. UTUSAN/TOREK SULONG​

PASIR PUTEH 19 Ogos - Hasrat seorang pelajar untuk menyambut hari lahirnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 1, Jalan Pasir Puteh-Tok Bali, di sini semalam.

Mangsa, Muhamad Izzat Imran Saidi yang sepatutnya gembira menyambut hari kelahirannya yang ke-15 semalam, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, motosikal yang ditunggangi mangsa bergesel dengan motosikal rakannya ketika mereka dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan.

Ekoran daripada pergeseran dari belakang itu, mangsa dikatakan terbabas sejauh kira-kira 23 meter manakala rakannya itu jatuh di tepi bahu jalan terbabit.

Bagaimanapun rakan mangsa, Nik Hassan Adli Nik Abdul Aziz, 16, dari Kampung Raja Saring di sini hanya mengalami kecederaan patah pergelangan tangan kanan dan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, ketika kejadian motosikal yang ditunggangi kedua-dua pelajar dari arah Pasir Puteh-Tok Bali itu bergesel sesama sendiri.

Menurutnya, akibat daripada pergeseran itu, mangsa gagal mengawal motosikal lalu terbabas.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tengku Anis (HTA) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register