BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut masuk jalan bertentangan

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Maut masuk jalan bertentangan


KOTA BHARU: Tindakan seorang pemuda yang melawan arus ketika menunggang motosikal membawa padah apabila maut selepas bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, mangsa, Mohd Firdaus Ismail, 21, yang menunggang Honda EX-5 maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Bagaimanapun, pemandu MPV jenis Nissan Serena yang juga dipercayai guru dan dua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat Mohd Firdaus dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Mohd Firdaus dalam perjalanan dari rumahnya di Pengkalan Chepa untuk mengambil ibunya yang bekerja di kantin Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, di sini.


Katanya, mangsa cuba mengambil jalan pintas memasuki laluan bertentangan dengan melawan arus untuk membuat pusingan ‘U’ ke arah Pengkalan Chepa .

“Bagaimanapun, Mohd Firdaus dilanggar sebuah MPV yang datang dari arah Kota Bharu sebelum tercampak. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya.


Sementara itu, ibu mangsa, Yam Salleh, 60, ketika ditemui di tempat kejadian tidak menyangka permintaan anaknya tiba-tiba menyatakan hasrat berkahwin adalah permintaan terakhir sebelum dia meninggal dunia.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautmasukjalanbertentangan/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register