BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut lepas solat Subuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Haris​

KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di sini, maut dalam kemalangan di Jalan Chicha Kubang Kerian, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Haris Mohammad Nor, 53, bersendirian menunggang motosikal jenis Honda, dari arah masjid Kampung Chica untuk pulang ke rumah.

Mangsa dipercayai baru selesai menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan.

Mangsa yang membuat pusingan U, tiba-tiba mengubah haluan dari kiri bahu jalan ke lorong sebelah kanan jalan dari arah Pasir Tumboh ke Kota Bharu, menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah sama gagal mengelak dan melanggar mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang mengesahkan menerima laporan kejadian berkata, mangsa tercampak ke arah jalan bertentangan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya," katanya.
 
Back
Top
Log in Register