BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut kereta golf masuk parit

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
18516lias1_1463582142.jpg



Port Dickson: Pemain golf maut apabila kereta golf dinaiki terbalik dalam parit di Kelab Golf Port Dickson di sini, petang tadi.

Mangsa, Abdul Ghafar Mohamad Ali, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson selepas kejadian, 5 petang tadi.

Difahamkan, mangsa dijumpai oleh rakannya sebelum meminta pertolongan orang lain yang berada di sekitar kawasan itu.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia nampak kereta golf dinaiki Abd Ghafar di dalam parit dan cuba menariknya keluar.

"Selepas lima minit baru kereta golf itu diangkat dan mangsa ditarik keluar dalam keadaan berselut.

"Kepala mangsa dikatakan terbenam dalam lumpur sedalam satu meter. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihak polis ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

"Mayat dibedah siasat esok hari (hari ini ) bagi mengetahui punca kematian mangsa," katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/138766
 
rasanya kena heart attck sebelum terbabas ke dlm tu
 
Abang ada cerita dulu dia dan kawan2 ada terserempak dengan perempuan rambut panjang pakai baju putih atas pokok dekat2 nak masuk waktu maghrib di sini.
 
Abang ada cerita dulu dia dan kawan2 ada terserempak dengan perempuan rambut panjang pakai baju putih atas pokok dekat2 nak masuk waktu maghrib di sini.

depan rumah saya ada makhluk sebegini rupa...

ramai yg dah jumpa... termasuk jiran sebelah rumah...

cuma saya masih belum bernasib baik utk berjumpa...
 
Kadang2 tak sangka boleh mati cenggitu.
Padahal buggy tu bukan boleh pegi laju pun
 
lahai kesian. innalillah
 
Back
Top
Log in Register