balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Puchong: Seorang wanita berusia 40 tahun mati selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri di tingkat lima di Taman Puchong Jaya, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi.
Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati mangsa yang lengkap berpakaian itu jatuh dipercayai ketika berdiri di ruang anjung di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan.
"Pihak polis masih menyiasat sama ada terdapat unsur bunun diri ataupun sebaliknya, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh yang mengakibatkan dia mati di tempat kejadian," katanya.
Sumber memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang dan kaki kanan kini dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/2014051819071420140518190714/MA/Article