BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut ditembak di depan restoran

tr4falgar

Legendary Member
gem
Messages
14,155
Joined
Oct 14, 2012
Messages
14,155
Reaction score
2,468
Points
266
Sungai Petani: Seorang lelaki maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada 12.38 tengah hari dengan mangsa dikatakan ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Menurut sumber, mangsa yang ditembak jatuh berhampiran kenderaan pelbagai guna (MPV) putih miliknya.

"Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti motif kejadian.

"Kita juga masih menjalankan siasatan sama ada kejadian ini mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap atau sebaliknya," katanya.

Setakat ini, sepasukan anggota unit forensik polis masih melakukan siasatan di lokasi. -

Harian Metro
 
yg kena tembak ni dragon kot?
 
Ane kongsi gelap


Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan S.Murali, 36, yang ditembak dari jarak kurang daripada satu meter, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan badan.

“Motif kejadian masih belum diketahui,” katanya dan menambah lelaki yang ditembak itu dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap, gangsterisme dan pengedaran dadah.
 
Back
Top
Log in Register