BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dilanggar kereta suami

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Wanita 76 tahun maut dilanggar kereta suami sedang mengundur

image.jpg

Adun PD, Ravi (kiri) menenangkan Sinnamurthy yang masih terkejut dengan kematian isterinya. - Foto kecil: Kathayee

PORT DICKSON - Seorang wanita maut dilanggar kereta yang dipandu suaminya ketika mengundurkan kenderaan itu di Taman Tong Seng Blok, Kampung Arab, sekitar jam 9 pagi, semalam.

Mangsa K Kathayee, 76, disahkan meninggal dunia pada jam 10.51 pagi ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Port Dickson (HPD).

Suami mangsa, A Sinnamurthy, 77, berkata, ketika kejadian, dia langsung tidak menyedari isterinya sedang melakukan adat sembahyang di garaj kereta.

“Mungkin dia sedang duduk mencangkung menyebabkan saya langsung tidak nampak dia ketika mengundurkan kereta di garaj untuk ke tempat kerja.

“Tiba-tiba sahaja saya terdengar jeritan dari arah belakang kereta. Saya segara keluar untuk melihat, namun hati saya luluh apabila melihat isteri sedang mengerang kesakitan," katanya.

Sinnamurthy yang bekerja sebagai Pembantu Khas Adun Port Dickson memberitahu, dia terus membawa isterinya ke HPD untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superitendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di perut maut ketika menerima rawatan kecemasan di HPD.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HPD untuk di bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-dilanggar-kereta-suami-1.323200
 
image.jpg


Adun PD, Ravi (kiri) menenangkan Sinnamurthy yang masih terkejut dengan kematian isterinya. - Foto kecil: Kathayee
< 1 / 1 >
PORT DICKSON - Seorang wanita maut dilanggar kereta yang dipandu suaminya ketika mengundurkan kenderaan itu di Taman Tong Seng Blok, Kampung Arab, sekitar jam 9 pagi, semalam.

Mangsa K Kathayee, 76, disahkan meninggal dunia pada jam 10.51 pagi ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Port Dickson (HPD).

Suami mangsa, A Sinnamurthy, 77, berkata, ketika kejadian, dia langsung tidak menyedari isterinya sedang melakukan adat sembahyang di garaj kereta.

“Mungkin dia sedang duduk mencangkung menyebabkan saya langsung tidak nampak dia ketika mengundurkan kereta di garaj untuk ke tempat kerja.

“Tiba-tiba sahaja saya terdengar jeritan dari arah belakang kereta. Saya segara keluar untuk melihat, namun hati saya luluh apabila melihat isteri sedang mengerang kesakitan," katanya.

Sinnamurthy yang bekerja sebagai Pembantu Khas Adun Port Dickson memberitahu, dia terus membawa isterinya ke HPD untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superitendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di perut maut ketika menerima rawatan kecemasan di HPD.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HPD untuk di bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-dilanggar-kereta-suami-1.323200
 
ada reverse sensor pun kalo nak berdentum berdentum gak
 
ni laju punya reverse..
mungkin nak cepat sangat.
Klu reverse biasa2 aja..xmungkin sampai mati.

apa2pun..penyebab aja tu..
 
Sadisnya kejadian seperti ni...
Kena pula terlanggar orang yang kita sayang..
 
Back
Top
Log in Register