BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut digilis beberapa kenderaan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


JOHOR BAHRU - Seorang penunggang maut dalam kemalangan di Kilometer 95.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) selepas tercampak daripada motosikal ditunggangnya dan digilis kenderaan lain, tengah malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 malam itu, lelaki berkenaan dilapor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai gagal mengelak kenderaan jenis Proton Waja yang berada di lorong kecemasan.

“Mangsa merempuh kenderaan berkenaan dan menyebabkannya tercampak ke bahagian tengah jalan raya sebelum dilanggar kenderaan jenis Proton Exora yang tidak sempat mengelak daripada melanggar mangsa.

“Pada masa sama, mangsa turut dilanggar beberapa kenderaan lain yang melalui lokasi berkenaan, yang tidak sempat mengelak mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk dibedah siasat.

Din berkata, kejadian turut menyebabkan Proton Exora yang berhenti di lokasi kejadian dilanggar sebuah kenderaan jenis Ford sebelum datang dua lagi kenderaan dari arah belakang dan merempuh satu sama lain.

“Ketiga-tiga kenderaan yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak Proton Exora yang berhenti di lokasi kejadian dan menyebabkan berlaku rempuhan.

“Siasatan awal mendapati cuaca baik ketika kejadian dan keadaan jalan di lokasi adalah rata dan lurus, namun suasana di situ gelap dan tidak berlampu,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi menyiasat punca sebenar kemalangan
 
perghhh ngeriii sape2 yg lnggar tu..igauan
 
Takziah pd keluarga mangsa....
 
tak dapat bayangkan
 
bnyak aspek kena tau sbg raider motosikal dihighway di malam hari..

pakai jaket pantul cahaya...lampu blkg kena cek selalu sbb bole terbakar anytime kecuali moto tu dah dipasang jenis led..kena bawak spare lampu depan dan blkg..
lampu signal kena pasang bhgian kiri..at least klau terbakar lampu blkg tu driver kereta bole alert..

lorong kecemasan bkn lorong motosikal..klau siang boleh pakai sbb nampak..
sbb kat kecemasan tu kekadang kereta rosak bateri..jadi hazard lamp takleh nak hidup..
 
Back
Top
Log in Register