eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang cuba melarikan seutas rantai leher di sebuah kedai emas di Sunway Piramid, maut ditembak pengawal keselamatan premis berkenaan dalam satu pergelutan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek berusia 20-an berpura-pura membeli barangan kemas untuk isterinya sebelum cuba mencuri seutas rantai leher daripada beberapa barang kemas sedang dipilihnya.
Bagaimanapun, tindakannya itu disedari seorang daripada dua pengawal keselamatan premis terbabit sebelum cuba menahannya untuk pemeriksaan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Difahamkan, pergelutan yang tercetus di hadapan premis berkenaan berlaku hampir 10 minit. Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata ketika pergelutan suspek cuba merampas pistol milik pengawal keselamatan berkenaan namun gagal.
“Suspek yang tidak bersenjata cuba meloloskan diri dengan berlari menggunakan laluan belakang premis terbabit sebelum ditembak pengawal keselamatan berkenaan.
“Tembakan pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu tepat mengenai belakang leher mangsa dan dipercayai punca kematiannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Menurutnya, pihak berkuasa juga berjaya menjumpai semula rantai leher yang dianggarkan bernilai RM3,000 itu di dalam genggaman tangan sebelah kanan suspek.
“Ketika kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang memilih barangan, namun tiada kecederaan dilaporkan.
“Kita sudah mengambil keterangan daripada pengawal keselamatan terbabit dan pistol jenis Revolver .38 yang digunakan terpaksa dirampas bagi membantu siasatan.
“Sehingga kini, kita masih belum mengklasifikasikan kes ini namun ia sedang disiasat,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa akan meneliti semula Rakaman Litar Tertutup (CCTV) di premis berkenaan dalam masa terdekat bagi mendapat gambaran sebenar kejadian itu.