BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut cuba elak lori

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk terlanggar pili air selepas terbabas akibat mengelak lori. Gambar kecil: Eyu@Eyu Teck Hoch​

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang cuba memotong, di Kilometer 7, Jalan Yong Peng-Muar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pacuan empat roda terbabit yang dari Batu Pahat menuju ke Yong Peng cuba mengelak lori yang memasuki laluannya sebelum terbabas dan melanggar pili air di tepi jalan.

Menurutnya, ketika kejadian lori tersebut dipercayai cuba memotong sebuah treler di hadapannya.

"Pemandu pacuan empat roda terbabit yang cedera parah di badan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa, Eyu@Eyu Teck Hoch, 43, yang ketika itu memandu seorang diri dikatakan dalam perjalanan pulang setelah selesai kerja," katanya semalam.

Menurut Din lagi, semasa kejadian cuaca dalam keadaan baik dan jalan tidak licin, namun jalan terbabit agak gelap kerana tiada lampu jalan di sekitar lokasi.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dokumentasi sebelum dituntut waris mangsa.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu, terutama ketika cuba memotong, hanya memotong apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.
 
Aku dh kata driver lori tu mmg anjing,bawak lori mmg celaka,elok kasi hukum mati kat driver lori mcm tu
 
tmpt aku jalan adalah part bengkang bengkok ada plak pemandu mcm shilaker potong kat selekoh..malaun!! sendiri cari nahas pastu org lain plak tgg risiko..
 
Malaysia... tidak lekang dengan kes kemalangan jalan raya maut setiap hari.
 
Back
Top
Log in Register