BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Maut bertembung pacuan empat roda

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Maut bertembung pacuan empat roda
FB_IMG_1644068432273.jpg
FB_IMG_1644068434210.jpg
FB_IMG_1644068436226.jpg
FB_IMG_1644068439965.jpg

Machang: Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas jentera ditunggangnya bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 40 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 1.20 tengah hari, mangsa Marc Ferdinand Joseph Lourdes, 40, yang menunggang motosikal Tiger 900GT Pro, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berkenaan dari Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 26 tahun.

"Akibat itu, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, manakala pemandu pikap tidak cedera," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@hmetro.com.my
Gambar Media sosial
 
Masuk laluan bertentangan memang tak bolih nak buat apa2 lah .. nasib
 

Former journalist dies in head-on collision in Kota Baru​


Marc joined The Star as a journalist back in 2004 before joining New Straits Time.

He later became the editor-in-chief of Yahoo Malaysia, Yahoo Singapore and Yahoo South-east Asia before he joined CNN as the Digital Director of Asia.




2020-Triumph-Tiger-900-GT-Pro-01-scaled.jpg
 
Mungkin keliru dgn situasi jalan. Memula tgk mcm 4wd tu salah laluan. Rupanya bahagian jalan tu dua hala. Yg kanan kiri tu mcm susur masuk keluar.
 
Back
Top
Log in Register