BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Matrikulasi, STPM program yang setaraf

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
April 28, 2014

KUALA LUMPUR – Program pengajian Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah setaraf, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching semasa membuat penegasan itu berkata kedua-dua program itu berfungsi sebagai prauniversiti dalam persediaan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi.

“Kurikulumnya adalah sama, iaitu bagi memberi persediaan kepada pelajar yang akan memohon melanjutkan pengajian ke universiti.

“Program matrikulasi menawarkan kursus sains dan perdagangan manakala STPM pula menawarkan kesusasteraan dan sains,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Lim Nget Yoon di sini.

Lim ingin tahu tentang kedudukan kedua-dua program pengajian itu yang dikatakan tidak setaraf pada pandangan umum.

Yap berkata matrikulasi menawarkan program asasi, dalam bentuk laluan pantas, manakala STPM pula melibatkan tempoh pengajian selama dua tahun. – BERNAMA
 
aku lebey rela duduk U lame2 dari amik stpm..giler pressure stpm nih
 
dah staraf ramailah nanti masuk form 6..

biasanya anak cina je suka masuk form 6 ni.. kehkehkeh
 
Stpm sejak penjenamaan semula memang ramai hang dah berminat
 
ada ke budak melayu masuk form 6 amik sains & skor? nak tahu gak ... kl zaman aku, majoriti budak2 melayu kos2 sains/engineering/medical semuanya lepasan matrik ... kalu kos sastera/bisnes/sains sosial/pendidikan ramai budak melayu lepasan stpm ...

sape2 dapat beri pencerahan ...
 
Last edited:
kenapa dua kaedah yang berbeza menjadi setaraf

namun pilihan ditangan pelajar
 
ada ke budak melayu masuk form 6 amik sains & skor? nak tahu gak ... kl zaman aku, majoriti budak2 melayu kos2 sains/engineering/medical semuanya lepasan matrik ... kalu kos sastera/bisnes/sains sosial/pendidikan ramai budak melayu lepasan stpm ...

sape2 dapat beri pencerahan ...

Rare bro. Mlayu amik f6 n skor mmg rare.
klu anugerah cemerlang cina ja sume. Mlayu ade lah 1 calon luar bandar . Tu pun art student.
 
Back
Top
Log in Register