balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
LOKASI tempat empat pembantu rumah warga asing melarikan diri.
Kulim: Tindakan empat wanita warga asing cuba melarikan diri daripada ejen apabila mahu dihantar pulang ke negara asal berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui mati akibat terjatuh pada ketinggian lima meter dari tingkat satu bangunan rumah kedai di Taman Selasih, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa dikenali sebagai Rohana, 44, parah iaitu patah pinggang dan tulang rusuk dipercayai terlepas pegangan ketika cuba turun melalui tingkap menggunakan ikatan kain tuala.
Malah, tiga rakan mangsa berusia antara 21 hingga 42 tahun turut cedera ringan dipercayai akibat melompat ke bawah dari tingkat satu bangunan rumah kedai untuk melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku apabila ejen pekerja asing dikatakan mahu menghantar pulang empat wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu rumah ke negara asal mereka apabila perkhidmatan ditamatkan.
Menurutnya, sebelum itu ejen terbabit menempatkan mereka yang tiba di negara ini pada Disember dan Januari lalu dalam bilik di pejabat syarikat berkenaan di tingkat satu rumah kedai.
sumber:http://w1.hmetro.com.my/articles/Matiengganpulang/Article