BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati enggan pulang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1

LOKASI tempat empat pembantu rumah warga asing melarikan diri.


Kulim: Tindakan empat wanita warga asing cuba melarikan diri daripada ejen apabila mahu dihantar pulang ke negara asal berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui mati akibat terjatuh pada ketinggian lima meter dari tingkat satu bangunan rumah kedai di Taman Selasih, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa dikenali sebagai Rohana, 44, parah iaitu patah pinggang dan tulang rusuk dipercayai terlepas pegangan ketika cuba turun melalui tingkap menggunakan ikatan kain tuala.

Malah, tiga rakan mangsa berusia antara 21 hingga 42 tahun turut cedera ringan dipercayai akibat melompat ke bawah dari tingkat satu bangunan rumah kedai untuk melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku apabila ejen pekerja asing dikatakan mahu menghantar pulang empat wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu rumah ke negara asal mereka apabila perkhidmatan ditamatkan.

Menurutnya, sebelum itu ejen terbabit menempatkan mereka yang tiba di negara ini pada Disember dan Januari lalu dalam bilik di pejabat syarikat berkenaan di tingkat satu rumah kedai.



sumber:http://w1.hmetro.com.my/articles/Matiengganpulang/Article
 
kesian..

nak lari dari ejen tapi bertemu dengan ajal...

al-fatihah...
 
mati-mati aku ingatkan name die mati tadi..
 
dia dah minat sangat tinggal kat sini, dah sampai ajal
 
maid reject cuba nak larikan diri, perkara biasa ku dgr. pasal maid tu takut kalau balik ti ada bala menunggu diorg.
 
bala mcmana bro

Maid tu dtg malaysia bekerja dgn membuat pinjaman dgn ah long merangkap agen pekerjaan kat indon, tanah di gadai, keluarga jadi penjamin.

Bila d reject dan hantar pulang, agensi pekerja asing akan laporkan pada agensi di seberang.kalau balik cmner maid tu nak byr hutang dgn ah long tu, x dpt byr, bala menunggu.
 
msk paper metro tp mlas nak baca
 
Back
Top
Log in Register