BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mati ditembak dalam Perdana

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg


MAYAT Ragunathan yang mati ditembak ketika berhenti di Jalan Seremban-Tampin, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang lelaki mati selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta Proton Perdana maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Seremban berhenti di tepi jalan berhampiran Ibu Pejabat JPJ negeri tetapi tidak diketahui tujuannya berhenti di situ.

Menurut beliau, kereta mangsa kemudian dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal sebelum pembonceng motosikal itu melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.

“Semasa terkena tembakan, mangsa yang cedera parah cuba memandu kereta untuk melarikan diri tetapi tidak sampai 40 meter kenderaan dipandunya terbabas ke tepi jalan. Mangsa kemudian ditemui mati di tempat kejadian,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
peh ada lagi.banyaknya kes pembunuh upahan.apa nak jadi kat malaysia???
 
da bape kes tembak camni tahun nie jer..huhuh
 
seremban ni extream betul la. dah 3 kali dah orang kene tembak dalam kereta. sape punye keje la ni.
 
Tembak menembak dah jadi perkara biasa
 
Back
Top
Log in Register