Dzoolhelmi™
Legendary Member

- Messages
- 10,486
Paid Membership
- Joined
- Dec 8, 2008
- Messages
- 10,486
- Reaction score
- 164
- Points
- 133
SEREMBAN - Sekumpulan sahabat yang pergi berhibur di sebuah pusat karaoke terperanjat besar apabila mendapati salah seorang rakan mereka mati sambil bersandar di pintu keluar premis tersebut dengan kesan kelar di leher di bangunan Terminal 2 di sini semalam.
Mohd. Hairulnizam Hanafiah, 23, ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 3 pagi selepas mangsa dikatakan terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan samseng di pusat hiburan tersebut.
Sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh lagi rakannya, empat lelaki dan tiga wanita, datang ke premis berkenaan pada pukul 12 tengah malam untuk berhibur.
Difahamkan, mereka telah menempah dua bilik berasingan dan bersebelahan di pusat hiburan berkenaan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika sedang berhibur, salah seorang rakan perempuan mangsa yang berada di bilik lain terdengar bunyi kecoh seperti mangsa sedang bergaduh.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...b=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2TbKrVwiC
Hakcipta terpelihara
Last edited: