eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Cemburu dan berebut wanita dipercayai punca utama seorang lelaki warga Indonesia dibunuh kejam dengan kesan kelar pada leher, perut dan kaki dipercayai menggunakan senjata tajam.
Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, mangsa yang berusia 21 tahun ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di sebuah kedai di Segambut Dalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata berikutan kejadian itu, dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan.
“Kami kini sedang mencari beberapa lagi saksi termasuk sepasang suami isteri warga Indonesia yang dikatakan menghilangkan diri sejurus kejadian itu berlaku.
“Mereka ialah Sidah dan Masli. Mereka diminta tampil untuk membantu kami mengenal pasti motif sebenar kejadian.
“Turut dicari adalah rakan sekerja mangsa. Hasil siasatan awal, kami percaya penyerang mangsa turut mengalami kecederaan berdasarkan kesan pada tempat kejadian,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan hasil siasatan menunjukkan mangsa maut disebabkan kecederaan parah dalaman akibat kesan kelar.
Kejadian itu ada kaitan dengan motif cemburu kerana mangsa dipercayai menjalinkan hubungan dengan isteri orang.
Abdul Bari berkata, saksi serta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.