BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Matawang BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE bakal sertai BRICS​


MOSCOW: Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), Sputnik memetik laporan portal berita Brazil UOL, memetik draf dokumen akhir sidang kemuncak itu.

Menurut laporan itu, untuk mengekalkan keseimbangan geografi, satu lagi negara Afrika boleh dimasukkan dalam senarai itu.

Sidang kemuncak BRICS sedang diadakan di Johannesburg pada 22-24 Ogos. Ia dihadiri oleh pemimpin China, India, Brazil dan Afrika Selatan. Russia diwakili oleh Menteri Luar, Sergey Lavrov.

Presiden Russia, Vladimir Putin mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu melalui persidangan video.

Sumber
 

Negara BRICS terus perkukuh kerjasama ketika ekonomi dunia mencabar - Putin​


MOSCOW: Negara anggota BRICS terus memperkukuh kerjasamanya di tengah-tengah cabaran ekonomi yang berterusan, kata Presiden Russia, Vladimir Putin pada Forum Perniagaan BRICS 2023 menerusi pautan video pada Selasa, lapor Xinhua.

Putin berkata, sekatan tidak sah dan pembekuan aset kerajaan yang menyalahi undang-undang telah memberi kesan negatif secara menyeluruh terhadap ekonomi global.

Beliau berkata, amalan itu menyebabkan berlaku kekurangan sumber, meningkatkan ketidaksamaan, pengangguran dan kenaikan harga yang telah menjejaskan negara yang paling mudah terjejas.

"Oleh itu negara anggota BRICS wajar terus mengukuhkan kerjasama kerana tindakan itu yang bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan, berjaya menghasilkan keputusan yang konkrit dan nyata," katanya.

Sumber
 

Iran secara rasmi anggotai BRICS​


TEHRAN: Iran secara rasmi menjadi anggota BRICS iaitu kesatuan ekonomi sedang pesat membangun, kata Timbalan Ketua Staf Hal Ehwal Politik Presiden Iran.

Iran menyertai kumpulan BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan sebagai ahli penuh, kata Mohammad Jamshidi di laman X, lapor IRNA pada Khamis.

Keahlian penuh BRICS disifatkan pencapaian bersejarah dan kejayaan strategik dalam dasar luar Iran, kata Jamshidi.

Sidang kemuncak XV BRICS yang berlangsung selama tiga hari mulai 22 Ogos sedang berlangsung di Johannesburg, di timur laut Afrika Selatan.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan rakan sejawatannya dari Afrika Selatan Cyril Ramaphosa. - BERNAMA

Sumber
 

BRICS to Officially Abandon US Dollar​


According to Brazil’s president, the BRICS economic alliance is officially set to abandon the US dollar for trade settlements. Moreover, the development aligns with recent de-dollarization efforts embraced by the bloc. As they continue to promote the use of local currencies internationally.

Brazil’s President, Luiz Inacio Lula Da Silva, confirmed the development at this week’s BRICS Summit. Additionally, the bloc announced its agreement to expand. Changing the geopolitical landscape, the alliance is set to welcome six additional countries by 2024.
 
Apa isu BRICS ni? Betul ke USD nak jatuh?

Ramai sgt overhyped. Meh dgr dulu.

 
Idea BRICS ni ataih retaih nmpk cantik..tp underneath dia nmpk "tempang"&ada isu2 lain membayangi antara negara2 ahli..

China&India: masih dok balah pasai sempadan Himalaya

Arab Saudi&Iran: proksi Iran, puak Houthi Yaman dok serang kilang penapis minyak Arab Saudi

China:mcm kita tau, dia bg utang pd negara2 miskin, last2 xbuleh byq, negara yg berutang tu kena pajak/serah aset strategik mcm pelabuhan, airport, infra2 lain(jajah secara ekonomi)

sekadar pandangan..

idea nk contest USD ka EUR ka ok, sbb 2 ni pun Anglo-Saxon punya warisan
 
Malaysia masih mahu berkiblat IMF atau sertai BRICS

ZiauddinAugust 28, 2023

KUALA LUMPUR: Pertubuhan BRICS yang dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan memberi ancaman besar kepada matawang Dolar Amerika Syarikat, Euro dan negara-negara G7.


Persidangan BRICS ke-15 di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini menyaksikan kemasukan negara-negara baharu termasuk Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Pakar ekonomi bebas Dato’ Dr Ramalan Yunus berkata, Indonesia juga bakal menyertai pertubuhan tersebut sebagai protes kepada kezaliman ekonomi yang dipelopori Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

“Isunya adakah Malaysia masih menetapkan polisi sedia ada yang berkiblatkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau menyertai BRICS.

“Ini merupakan satu persoalan besar yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah beliau, pelbagai negara mula menunjukkan penentangan secara terang-terangan terhadap ketidakadilan sistem matawang Dolar dan negara G7 yang dianggotai Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom.

Menurutnya juga sistem kewangan dunia memanga bersifat tidak adil di mana banyak negara menjadi mangsa termasuk Venezuela, Indonesia dan Malaysia.

Ekoran itu kata beliau ekonomi negara Malaysia bakal menerima tempias kejatuhan Dolar selagi masih berkiblat ekonomi negara-negara Barat.

“Kita boleh lihat apabila Dolar dan Euro diserang pertubuhan BRICS maka nilai matawang kita turut menerima kesan yang buruk kerana terikat dengan Dolar,” katanya.

Ditanya mengenai langkah yang boleh diambil rakyat biasa berdepan dengan situasi itu Dr Ramalan menasihatkan tidak mengambil hutang dengan mana-mana institusi kewangan.

“Harus ingat isu kewangan negara perlu diberikan keutamaan berbanding dengan sentimen politik kerana ia akan memberi kesan yang buruk jika kerajaan masih leka,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/8/2023
 
Xlame lg mmg ramai akn join brics ni.. silap2 kite negara kecik pun kena paksa join sbb kite export minyak ke china.. kalau china stop dollar suruh guna curency brics.. mesti kite terpaksa ikut..
 
Back
Top
Log in Register