BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Matahari terbit secara maya

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Matahari terbit secara maya dipaparkan di sebuah skrin futuristik di Beijing.
< 1 / 1 >
SUSULAN kabus tebal yang menyelubungi Bejing sejak beberapa hari lalu, sebuah skrin televisyen komersial besar telah disediakan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat matahari terbit secara maya.

Menurut laporan Daily Mail, penduduk sanggup meninggalkan kediaman dengan memakai topeng muka semata-mata untuk melihat suasana tersebut yang dipaparkan menerusi skrin futuristik gergasi.

Difahamkan, tahap pencemaran udara di negara itu semakin teruk sehingga monitor pencemaran udara mengeluarkan amaran mengarahkan penduduk tidak keluar dari rumah sehingga kualiti udara pulih.

Pihak berkuasa Beijing berkata, jerebu teruk itu turut mengurangkan tahap penglihatan untuk beberapa ratus meter sehingga semalam.

Susulan daripada itu, Datuk Bandar Beijing memutuskan untuk mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 2.6 juta tan, selain memperuntukkan 15 bilion yuan (RM8 bilion) sebagai inisiatif bagi mengatasi masalah pencemaran udara di negara terbabit.

Kerajaan turut mengambil langkah menutup 8,347 syarikat dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran itu.
 
kasihan negara jiran yg berdekatan china.. kena tempias

Jiran kita pun ada gak perangai camnie

Dia buat pembakaran terbuka

Kita pulak dpt asapnye
 
Negara jiran buat pembakaran terbuka, Malaysia jadi mangsa.

Tapi paling kesian bila ladang yang dibakar tu, orang Malaysia punya.

Atas arahan siapa la yang suh bakar ladang tu kalau bukan pihak atasan.
 
Back
Top
Log in Register