BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Selamatkan Beruang Matahari Di Gua Musang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
e51c1b3918a93f352653fe4cfa98e7d569a98a77c5bd2

Kredit: Perhilitan Kelantan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan hari ini menyelamat dan memindahkan seekor beruang matahari sekali gus menamatkan kebimbangan penduduk di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Limau Kasturi 2 di sini.

Pengarahnya Wan Mohd Adib Wan Yusoh berkata tujuh anggota digerakkan bagi menjalankan operasi pemindahan selepas menerima maklumat awam pada 9 pagi mengenai beruang matahari dewasa itu telah memasuki perangkap.

“Pemeriksaan mendapati hidupan liar itu sihat serta tidak agresif. Setelah memastikan keadaan haiwan itu stabil, beruang tersebut dilepaskan di habitat lebih sesuai di kawasan Taman Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Adib berkata tindakan translokasi itu bagi memastikan keselamatan penduduk setempat  terjamin dan memelihara kebajikan hidupan liar tersebut.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak menghampiri atau cuba menangkap hidupan liar jika terserempak, sebaliknya segera menyalurkan maklumat kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, penduduk Mohd Rozaidi Hassan, 34, berkata beruang itu dikesan memasuki perangkap dipasang Perhilitan yang menggunakan umpan minyak masak terpakai di sebelah rumahnya pada 2.30 pagi.

“Saya sangat lega kerana amat bimbang dengan keselamatan anak yang masih kecil apatah lagi beruang itu membuat sarang di atas pokok manggis di belakang rumah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register