balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Keadaan cermin kereta mangsa dihentam objek keras dipercayai dibaling pihak tak bertanggungjawab
< 1 / 1 >
KUALA KANGSAR - Seorang penjawat awam mengalami kecederaan di mata selepas cermin kenderaan yang dipandunya pecah dipercayai terkena objek keras.
Lelaki yang enggan mendedahkan identitinya berkata, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar dari kampung di Alor Setar, Kedah bersama isteri dan dua anak.
Menurutnya, sebaik sahaja dia berada di bawah jambatan selepas Hentian Sebelah Semanggol Lebuhraya Utara Selatan, menghala selatan, dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat di cermin kereta.
"Saya yakin objek itu merupakan seketul batu yang dibaling oleh individu tak bertanggungjawab.
"Batu itu menyebabkan cermin kereta berlubang dan banyak serpihan kaca masuk ke dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini.
Lelaki itu berkata, cermin keretanya retak malah ada serpihan kaca masuk ke dalam mata.
Bagaimanapun, jelasnya, ketika itu dia tidak panik dan meneruskan perjalanan dengan sedikit membongkokkan badan, melihat ke depan melalui cermin yang tidak retak.
“Lagipun, isteri saya menasihatkan saya supaya tidak berhenti di tepi lebuhraya sebaliknya berhenti di plaza tol untuk mendapatkan pertolongan.
“Anak bongsu saya yang diriba isteri sedang tidur pada waktu itu. Kalaulah dia berjaga semasa batu menghentam kereta, mungkin matanya juga akan dimasuki kaca seperti mata saya,” katanya.
Dia turut bersyukur kerana filem (tinted) pada cermin keretanya menghalang batu tersebut menembusi kereta dan mungkin boleh mencederakan mereka sekeluarga.
Katanya, pihak berkenaan dicadangkan memasang papan iklan panjang di setiap jambatan di lebuhraya bagi mengelakkan insiden itu berulang.
"Selain saya, petugas di plaza tol memberitahu sebuah kereta mewah turut mengalami nasib sama kira-kira 30 minit sebelum insiden menimpa kami.
“Saya tidak tahu apa motif mereka, sama ada mahu merompak atau ada niat lain,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/mata-cedera-kereta-dibaling-batu-1.310548