BTC USD 80,397.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Mat Kilau (2022)

#Rap Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dan itu, kamu harus berbangga.
https://www.hmetro.com.my/.../selepas-dua-hari-tayangan...

Selepas dua hari tayangan, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan hampiri RM3 juta​


SYAMSUL YUSOF
SYAMSUL YUSOF

Kuala Lumpur: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terus mencetus fenomena dan mencatat rekod luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya, semalam.

Pada hari pertama tayangannya kelmarin, filem arahan Syamsul Yusof, 38, itu mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mencatat kutipan sebanyak RM1 juta.

Sehingga hari ini, filem terbitan Studio Kembara itu sudah mencatat kutipan hampir RM3 juta.
Syamsul berkata, dia bersyukur dan bangga apabila filem tempatan mendahului kutipan filem luar negara.




hm208poster_1656140125.jpg



"Alhamdulillah untuk segalanya. Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dan itu, kamu harus berbangga. Tahniah kepada semua pasukan produksi saya," katanya.

Menurut Syamsul, itu adalah rezeki daripada Allah selain kerja keras yang sudah ditunjukkan semua pelakon dan pasukan penerbitan sepanjang proses penggambaran.

"Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem Hollywood lain. Kita mampu bersaing dengan dengan orang lain dalam apa juga bidang. Mat Kilau bukan saja pecah rekod pembukaan hari pertama malah mengetepikan filem Hollywood lain yang sedang ditayangkan di Malaysia," katanya.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang sebelum ini 'diperam' seketika tayangannya selama dua tahun akibat penularan Covid-19 dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.

Disiarkan pada: Jun 25, 2022 @ 2:55pm


ini membuktikan ;
- ekonomi makin bagus
- ramai yg ado duit utk beli teket wayang
- sambil tgk wayang beli jajan+air
- ramai yg minat filem aksi+sejarah

den? tunggu filim ni masuk tv rayo poso 2023 baru tengok ekekekkkekeke
 

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin​

29m ·

Foto Mat Kilau selepas kemunculan semula pada Disember 1969. Foto dirakamkan oleh jurufoto, Allahyarham Haji Wan Musa Wan Omar di Kuantan, Pahang. Sejurus kemunculan seorang lelaki yang mendakwa dirinya Mat Kilau, Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatankuasa Menyiasat Munculnya Mat Kilau pada 8 Januari 1970.

Jawatankuasa itu kemudian mengisytiharkan lelaki itu ialah Mat Kilau. Selepas kemunculannya, lelaki berkenaan kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menurut anak jurufoto berkenaan, Wan Rafiqah Wan Musa foto itu diambil ayah mereka ketika mengusahakan BP Foto di Kuantan.

Di belakang foto berkenaan tercatat nota bertulis tangan kemunculan semula Mat Kilau dan tarikh beliau meninggalkan dunia buat selama-lamanya, iaitu pada 16 Ogos 1970 bersamaan 14 Jamadilawal 1390 H.

Al- Fatihah
https://t.me/zainurrashid

1656156196973.png
 

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar​

2m ·

MAT KILAU

Dalam semangat dan keikhlasan ramai pihak mempromosi filem Mat Kilau, saya lihat ada yang tidak ambil endah tentang
1. Ulasan menjurus kepada spolier
2. Kesalahan merakam sebarang babak/klip dalam panggung

Perjalanan filem epik seperti Mat Kilau masih panjang. Janganlah perbuatan kita menyumbang kepada gejala cetak-rompak dan tidak menghormati hakcipta seseorang.

Merakam tayangan filem tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 43A, Anti Rakaman Kamera Akta Hakcipta 1987.

Boleh dikenakan denda tidak kurang dan tidak lebih dari RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang melakukan curi rakam secara keseluruhan tayangan tanpa kebenaran di pawagam boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

74CE1B47-E1BC-41C5-A0E1-66B7664B8089.jpeg

https://ohmedia.my/ohartis/penerbit...HzC84IDkMaZSeYRBu8LpcK_oplgC24oOer3zKWbtnySuc
 

Syahril A. Kadir​

5j ·

DI PUSARA MAT KILAU

PADA hari Jumaat 26 Disember 1969, negara telah dikejutkan apabila seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Mat Siam, membuat pengakuan terbuka yang dialah sebenarnya MAT KILAU, anak Pahang yang terkenal dengan kehebatan dan keberaniannya menentang penjajahan Inggeris pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Pada hari tersebut, Mat Kilau telah pergi ke sebuah masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Al-Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah MENGGEMPARKAN orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.

Setelah DISAHKAN, maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Namun empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

SIAPA MAT KILAU NI?
Generasi muda sekarang mungkin hanya pernah membaca kisah-kisahnya dalam buku teks sejarah. Dan aku tak terkejut kalau ada yang confused antara Mat Kilau dan raja gelek Datuk M. Daud Kilau!

Kisah perjuangannya memerangi penjajah Inggeris pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 adalah tiada tolok bandingannya dalam menegakkan maruah bangsa daripada terus diperkotak-katikkan.

Mat Kilau bersama ayahnya Tok Gajah dan tokoh-tokoh pejuang lain termasuk Datuk Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid, Mat Lela dan Haji Mat Nor tidak pernah mengenal penat-lelah menentang penjajah dengan kudrat empat tulang mereka.

Mat Kilau dan Tok Gajah pernah menggali parit yang dalam setinggi pokok kelapa dan sepanjang 300 meter bagi menghadapi serangan 2,000 tentera Inggeris dengan bantuan askar upahan Sikh dan Gurkha pada 1892. Setelah gagal menawan kampung berkenaan, pihak Inggeris bertindak kejam membakar seluruh kampung berkenaan dalam bulan Ramadan yang menyebabkan kira-kira 300 penduduk maut.

Ada juga diceritakan amalan pahlawan itu berasaskan ayat-ayat al-Quran sehingga beliau dikatakan ditetak tidak lut, ditembak tidak tembus dan boleh ghaib. Terdapat juga kisah Mat Kilau berjaya mengalahkan harimau dengan mengguna tangan sahaja ketika diserang haiwan berkenaan ketika berjalan kaki ke Stesen Kereta Api Bukit Ibam, Pahang.

Selain menjadi buruan Inggeris, Mat Kilau dan pahlawan Melayu lain turut diburu oleh Raja Siam, Raja Chulalongkorn Ke-V yang bersekongkol dengan penjajah itu.

Sultan Kelantan turut diugut oleh Raja Siam supaya menangkap Mat Kilau yang ketika itu bersembunyi di Hulu Kelantan jika tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa negeri itu.

Dengan kebijaksanaan Sultan Kelantan ketika itu iaitu Sultan Mansur, Mat Kilau telah diisytihar mati ketika ditangkap pada 1895 dan keranda yang diletakkan BATANG PISANG kemudiannya ditanam di Bunut Payong di negeri itu.

Sebenarnya Mat Kilau tidak mati sebaliknya berpindah-randah di merata tempat bagi mengelak dikesan termasuk Kampung Jambu, Patani; Kuala Berang, Terengganu dan akhirnya di Batu Lima.

Nota: Beberapa tahun lepas sewaktu terlibat dalam kerja-kerja sukarela membersihkan kawasan banjir di Pahang, aku kebetulan lalu di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, tempat di mana jenazahnya dikebumikan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh perjuangan anak bangsa yang semakin dilupakan ini.
Al-Fatihah.


1656199162444.png

1656199172703.png

1656199181538.png

1656199191285.png
 

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin​

43m ·

Aku rela mati ketika bertempur dengan penjajah daripada menyerah diri dan mati di tali gantung mereka - almarhum Mat Kilau
(Sejarah Mat Kilau EDISI 31 OGOS).

Mengenang Semangat Mat Kilau Yang Tidak Pernah Menyerah Kalah Dalam Berjuang Menentang British.

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminum nya saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah Serban Hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati , diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.

Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanam ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang! Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.

Pada mulanya Siam mahu menyerang Kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap di badannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya!

Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Rupa-rupanya benar , selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!!

Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu , sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata pihak Siam dan Inggeris, Sultan Kelantan merencanakan batang pisang sekali sebagai ganti mayat Mat Kilau dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka", iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kem,atian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini.

Apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!
Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 52 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!
Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :
“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”
https://t.me/zainurrashid


1656199765823.png
 
Kita memerlukan 65 tahun untuk berani membakar bendera penjajah British!

Perkara pertama yang menarik perhatian saya dalam poster filem Mat Kilau adalah gambar bendera British yang dibakar. Ia memberikan gambaran awal bahawa filem ini membawa naratif yang berbeza daripada filem-filem perjuangan sebelum ini. Mungkin ini adalah pertama kalinya sebuah filem Melayu berani meletakkan orang Inggeris sebagai watak antagonis/ penjahat atau lebih tepat sebagai penjajah yang jahat.

Filem Leftenan Adnan dan Bukit Kepong sebaliknya menggambarkan kejahatan penjajah Jepun tetapi sangat lunak terhadap penjajah Inggeris. Seolah-olah menggambarkan tanpa British orang Melayu tidak akan mampu merdeka. Sehingga lupa bahawa mereka juga adalah penjajah!

Memberikan analogi tahaluf siasi antara Pas dan DAP bagi situasi Leftenan Adnan juga adalah analogi yang salah. Kerana Regimen Melayu berada di bawah kerajaan British dan ketaatan mereka adalah kepada British. Sedangkan tahaluf politik tidak melibatkan pergabungan dua parti. Begitu juga kesnya apabila para pejuang ulama bekerjasama dengan Komunis bagi menentang Inggeris, hanya kerana mereka memiliki musuh yang sama. Ia tidak bererti ulama telah mengiktiraf komunisme yang sesat, sebagaimana fitnah yang dilemparkan kepada mereka oleh orientalis.

Mungkin minda terjajah Melayu masih berpegang kepada prinsip "We will suffer if British go!" masih kental dalam jiwa. Atau mungkin kerana kita belum sepenuhnya merdeka.

Apa pun keberanian filem ini menggambarkan penjajah sebagai penjajah wajar dipuji. Ia terbukti bebas daripada pengaruh orientalis yang mengubah sejarah. Kerana itu tidak hairan Leftenan Adnan yang berjuang di bawah bendera British dan mengorbankan diri dan pasukannya demi memberikan peluang pegawai-pegawai Inggeris melarikan diri dari serangan Jepun, dinobatkan sebagai wira negara.

Sebaliknya, dalam buku-buku sejarah pada zaman saya belajar dahulu, tokoh-tokoh ulama yang berjuang menentang Inggeris dilabelkan sebagai penderhaka dan pengkhianat. Ini termasuk Maharajalela, Tok Janggut dan lain-lain. Lalu generasi awal selepas mereka telah didokstrinkan bahawa ulama adalah penderhaka sementara orang Melayu yang bersengkongkol dengan Inggeris dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.

Mungkin bagi mereka yang mengkaji kembali sejarah, fakta ini telah lama diubah. Tetapi untuk menonjolkannya kepada orang awam tentang kesilapan fakta ini adalah perkara yang sukar. Berdasarkan pengalaman melakukan kembara buku sejarah bersama Dr Mat Rofa Ismail, mengesahkan perkara ini.

Kerana itu, apabila ia muncul dalam bentuk filem popular yang mengangkat ulama pejuang sebagai wira, ia adalah pemulaan yang baik dan hebat. Tidak mustahil selepas ini lebih banyak filem-filem yang mengangkat ulama yang memperjuangkan tanah air daripada penjajahan kuffar ini difilemkan. Sehingga nanti bangsa Melayu akur bahawa para ulamalah yang sebenarnya mengetuai pemberontakan dan perjuangan melawan penjajah. Bukan hanya di Tanah Melayu, tetapi juga seluruh dunia. Ia mengingatkan saya kepada filem Umar Mokhtar, The Lion Desert.

Rohidzir Rais
Guru Sejarah SINAR
Tahrir, Kaherah
7.48 AM

 
Banyak pengajaran boleh diambil daripada filem ni
Byk pengajaran boleh diambil dari sejarah............ Bukan film tuan........ Ada sesetengah film ada tokok tambah

Kalau citer Film hindustan pun nak ambik pengajaran juga ke, bercinta dlm hujan tepi railway keretapi.... 🤣🤣🤣🤣🤣
 
Byk pengajaran boleh diambil dari sejarah............ Bukan film tuan........ Ada sesetengah film ada tokok tambah

Kalau citer Film hindustan pun nak ambik pengajaran juga ke, bercinta dlm hujan tepi railway keretapi.... 🤣🤣🤣🤣🤣
Ambik yg baik2 bang....xsalah pun hehehe
 
Back
Top
Log in Register