BTC USD 81,581.8 Gold USD 4,022.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Mat Kilau (2022)

Mohamad Jamalee​

· 4m ·

Tahniah. Kutipan tertinggi tayangan hari pertama.

Teringat orang dok kata ke saya filem epik sejarah ni tak ada sambutan.

Saya tanya dari mana dapat tanggapan macam tu?

Sepanjang saya hidup, drama dan filem epik sejarah Melayu dan tanahair boleh kira dengan jari yang gagal.

Puteri Gunung Ledang.
Leftenan Adnan.
Tanda Putera.
Keris Hitam Bersepuh Emas.
Pendekar Kundur.

Hanya sebahagian daripada drama dan filem epik sejarah yang dapat sambutan baik di kaca televisyen atau di layar perak.

Harap tak ada lah lagi sikap 'inferiority complex' yang tebal bila nak bicara soal filem epik sejarah ni.

1656073505035.png
Jom tgk sama2
 
#Rap Pengguna media sosial diingatkan untuk tidak memuat naik sebarang klip atau visual filem melebihi lima saat jika tidak mahu berdepan dengan tindakan.
https://www.hmetro.com.my/.../syamsul-yusof-beri-amaran

Syamsul Yusof beri amaran​

Syamsul Yusof
Syamsul Yusof

Kuala Lumpur : "Padam sekarang sebelum terlambat," kata pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof terhadap segelintir pengguna media sosial yang memuat naik klip filem terbabit secara haram ketika menonton di pawagam.

Syamsul berkata, pengguna media sosial diingatkan untuk tidak memuat naik sebarang klip atau visual filem melebihi lima saat jika tidak mahu berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kepada pengguna TikTok atau mana-mana platform media sosial lain sila hati-hati. Tidak dibenarkan memuat naik visual atau klip daripada filem melebihi lima saat.

"Pihak penerbit berhak saman anda dan tindakan mahkamah boleh dikenakan. Saya tidak mahu kes saman filem Munafik 2 dulu berulang lagi, sehingga kedua-dua orang tua menangis dan memohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawab anak mereka.

"Maaf saya terpaksa ambil juga tindakan mahkamah dulu. Akhirnya diisytihar muflis dan nama disenarai hitam kerana saman gagal dibayar. Tindakan (memuat naik) sangat tidak berbaloi. Tolong ambil maklum dan jangan susahkan diri sendiri. Ini kesalahan berat," tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

Menerusi foto yang dimuat naik, Syamsul mendedahkan kesalahan seorang pengguna TikTok yang memuat naik klip filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan secara haram dan meraih ribuan tontonan.

Dalam pada itu, salah seorang pelakon filem terbabit, Beto Kusyairy dalam perkongsiannya di Facebook turut meluahkan kekecewaannya terhadap segelintir pengguna media sosial yang seolah-olah tidak bersalah apabila memuat naik klip video filem itu.

"Janganlah rakam babak-babak dalam filem Mat Kilau. Sebelum mulakan dah pesan dilarang segala aktiviti rakaman.

"Ini rakam siap masuk TikTok pula babak-babak klimaks. Kemudian tiada rasa bersalah pula 'tag' saya. Selamba bagi bahan bukti. Nanti diambil tindakan tak ke naya," tulisnya.
Disiarkan pada: Jun 25, 2022 @ 12:52pm

Aik tolong promot pun xleh ka
 
Bile kite nak tgk ni?
 
#Rap Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dan itu, kamu harus berbangga.
https://www.hmetro.com.my/.../selepas-dua-hari-tayangan...

Selepas dua hari tayangan, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan hampiri RM3 juta​

SYAMSUL YUSOF
SYAMSUL YUSOF

Kuala Lumpur: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terus mencetus fenomena dan mencatat rekod luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya, semalam.

Pada hari pertama tayangannya kelmarin, filem arahan Syamsul Yusof, 38, itu mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mencatat kutipan sebanyak RM1 juta.

Sehingga hari ini, filem terbitan Studio Kembara itu sudah mencatat kutipan hampir RM3 juta.
Syamsul berkata, dia bersyukur dan bangga apabila filem tempatan mendahului kutipan filem luar negara.

hm208poster_1656140125.jpg

"Alhamdulillah untuk segalanya. Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dan itu, kamu harus berbangga. Tahniah kepada semua pasukan produksi saya," katanya.

Menurut Syamsul, itu adalah rezeki daripada Allah selain kerja keras yang sudah ditunjukkan semua pelakon dan pasukan penerbitan sepanjang proses penggambaran.

"Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem Hollywood lain. Kita mampu bersaing dengan dengan orang lain dalam apa juga bidang. Mat Kilau bukan saja pecah rekod pembukaan hari pertama malah mengetepikan filem Hollywood lain yang sedang ditayangkan di Malaysia," katanya.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang sebelum ini 'diperam' seketika tayangannya selama dua tahun akibat penularan Covid-19 dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.

Disiarkan pada: Jun 25, 2022 @ 2:55pm

Back
Top
Log in Register