Ulasan lepas tonton Mat Kilau (tanpa ayat teknikal filem. Buat bacaan orang marhain):
Coution:
1. Kalau dah lama tak masuk cinema dan terbiasa layan Netflix, pastikan ke toilet dulu dan jgn banyak minum air. Kau tak boleh nak pause or rewind utk toilet break. Kalau miss satu babak, rugi.
2. Jangan miss babak pertama filem. Sangat menyayat hati dan bakar emosi. Juga babak pertengahan yang memang benar2 rasa benci dengan penjajah Inggeris.
3. Bila masuk hall, buang ketepi harapan nak bandingkan dengan filem aksi pertempuran seperti Bruce Lee, Jet Li, Jackie Chan, Donnie Yen apa lagi Tony Jaa. Ia macam ke stadium harap Malaysia main macam Brazil. Mana maunya yob.
4. Filem ni bajet RM8 juta je. That amount tak cukup nak buat wonders. Just support untuk kita lihat lebih baik lagi dimasa depan.
5. Jangan ambil seat depan. Seat terbaik ialah paling belakang hingga tengah. Tak daya mata nak follow pergerakan kiri ke kanan kalau duduk depan sebab terlalu banyak aksi.
Bagus:
1. Sarat dengan mesej perjuangan dan keagamaan. Banyak petikan surah Al Quran untuk naikkan semangat menentang penjajah. Berkisar kepada penyatuan ummah dan bangsa. Lagi bagus dengar dialog filem ni dari ustaz2 youtube yang asyik tuduh orang lain salah.
2. Sarat dengan aksi2 silat yang mampu menaikkan semangat anak muda untuk menuntut ilmu silat dan mengamalkanya bersama dengan ilmu agama.
3. Pada saya, Beto Kusyairi adalah 'man of the match' dalam filem ini. Dia main dengan sepenuh hati menggunakan emosi dari dialog dan muka. Babak menyayat hati dari dia mampu bangkitkan emosi penonton. Silap2 mau ada yang hentak arm rest atau tumbuk kepala orang depan. Beto adalah midfield dalam filem ini. Tapi kalau Johan diberikan watak lebih penting dengan dialog lebih emosional, filem ni akan ada 2 midfielder dgn Johan sbg DM.
4. Fatah Amin sejak dulu saya tak suka dia berlakon. Tapi dalam filem ni dia benar2 in-character dan jumpa posisi sebenar dan sesuai untuknya. Selayaknya dialah pegang watak Mat Kilau. Seni silatnya pun agak smooth banding dengan yang lain2. Dialognya pun tak lembik sebaliknya, ada ketika boleh buat marah, ada ketika boleh naikkan semangat penonton. Dia berjaya hingga disetiap babak lawan, tercari2 mana dia...
5. Jalan cerita yang simple tak payah pening2 nak fikir.
6. Tak ada adegan cintan cintun bawah pokok ketapang atau tepi sungai. Straight to the point dan kena sentiasa bersedia untuk aksi demi aksi.
7. Geoff berjaya mainkan wataknya sebagai Kapten Syers hingga membuatkan penonton tak sabar tunggu dia dibunuh. Tapi dialog2 dia sangat sinis dan mencabar. Celaka dia ni...hahaha
Downside (ikhlas untuk kebaikan):
1. Pergerakan silat yang kurang smooth kecuali oleh Yayan dan Fatah Amin. Mungkin akibat terlalu banyak scene cut. Sepatutnya director boleh gunakan teknik2 camera trick. Pergerakan Adi Putra ketara sangat keras terutama bab main kaki dan melompat.
2. Adi Putra tak sesuai untuk watak peneraju kerana saiz badannya yang dah tak flexible. Tapi kelebihan dia ialah mimik muka. Dialog juga tak berapa natural untui filem periodic
3. Camera gagal mainkan peranan untuk scene tempur. Banyak teknologi boleh digunakan tapi itulah, sebab bajet kecil.
4. Prop sangat minimal, dah macam lakonan semula filem documentari atau filem pendidikan. Tapi jangan compare dengan prop Ip Man atau Band of Brothers. Mungkin sebab ini sentuhan pertama Syamsul dalam pembuatan filem periodic ditambah dengan bajet kecil untuk nak sediakan prop yang lebih realistic.
5. Penyampaian dialog masih terperangkap dalam suasana filem moden. Tapi boleh dipertingkatkan jika buat latihan lebih lama lagi. Selain Beto dan Johan Ashari (di awal kemunculan dia), lain2 perlu improvise lagi.
6. Coloring memang lemah. Mungkin sebab bajet.
7. Dialog mantap tapi penyampaiannya saya tak puas. Mungkin orang lain ok, tidak pada saya.
Keseluruhan:
Filem yang bagus untuk ditonton. Sarat dengan nasihat, panduan dan aksi. Abaikan bab teknik, tapi tumpu kepada penceritaan dan pengisian. Sebuah filem yang baik. Ada dialog yang sound direct kepada kita semua yang hidup hari ini. Dialog terbaik ialah "Kekuatan orang Melayu bukan terletak kepada senjatanya, tetapi kekuatan orang Melayu terletak kepada ketakwaannya kepada Allah" (lebih kurang). Mampu menaikkan emosi penonton terutama dibabak awal dan serangan askar British ke rumah Wahid. Ikut logic, kenapa rumah Wahid diserang padahal Wahid tak terlibat dalam rampasan senjata?. Tapi nama pun filem, elemen logic simpan tepi kejap.
Harap kalau filem ini berjaya box office, lebih ramai lagi pelabur berani melabur dalam filem sebegini untuk kembangkan watak Wahid dan Awang pula atau filem2 perjuangan/sejarah yang lain. Mungin filem Tok Janggut (Kelantan) atau Sutan Puasa (Kuala Lumpur).
Last sekali, hampir semua skuad Gerak Khas ada dlm filem ni.
Rating saya: 9/10. Boleh jadikan filem wajib setiap 31 Ogos.
Zack Rahim