BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mat gian sasar penyaman udara

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
images.jpg

Kuala Lumpur: Sekumpulan penagih dadah kini dikesan menjadikan premis atau kediaman di kawasan gelap di sekitar Dang Wangi, terutama kawasan Chow Kit sebagai sasaran untuk mencuri alat penyaman udara sebelum dijual kepada pengusaha kedai barangan lusuh bagi mendapatkan modal membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, sepanjang dua bulan ini, pihaknya menerima tujuh laporan kes kecurian komponen penghawa dingin yang kerugiannya dianggarkan RM50,000.


Menurutnya, kes terbaru dilaporkan pada 14 Februari lalu apabila seorang mangsa mengadu kehilangan 12 pemampat penyaman udara miliknya dipercayai dicuri.

“Hasil siasatan dan maklumat diperoleh daripada pengadu, polis menahan seorang lelaki Jumaat lalu di Jalan Sultan Sulaiman 1, di sini dan berdasarkan keterangannya, suspek mengaku mencuri dua pemampat serta menjualnya di sebuah kedai barangan lusuh berhampiran.


“Susulan itu, dua pemilik kedai barangan lusuh termasuk seorang wanita diberkas dalam serbuan di premis perniagaan mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Setapak serta menemui semula sembilan pemampat penyaman udara pelbagai jenama yang belum dileraikan,” katanya di sini, semalam.
 
owh curi compressor aircond...
ingatkan bantai isap udara kat compressor tu hehehe
 
Advance dah drug addict sekarang, target benda mahal je, confirm diorang target outdoor unit je kan?

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
byk dah opis aku terima laporan kehilangan
kompressor ekon nih...
yg klinik kesihatan pun ada kena rembat..
 
puak2 dadah nih depa kira asal brg jadi duit ja semua boleh :D
 
semua benda x selamat dah....
 
depa curik outdoor unit ni. penah satu branch aku kena kebas 3 unit outdoor unit, baru perasan hilang pada hari raya ke-4..pastu, branch2 lain kena pasang grille pulak kt outdoor unit..
 
Back
Top
Log in Register