BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN

azmann33

Legendary Member
gem
Messages
13,645
Joined
Mar 2, 2009
Messages
13,645
Reaction score
2,073
Points
261
Maszlee: Wan Saiful dilantik ke PTPTN kerana orang lain tak mahu

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata pelantikan Wan Saiful Wan Jan sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan satu tindakan luar jangka untuk melunaskan janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Maszlee menepis kritikan mengatakan Wan Saiful seorang lantikan politik.

Beliau berkata Wan Saiful menawarkan dirinya untuk memegang jawatan itu bagi satu tempoh yang terhad untuk melunaskan janji PH berkenaan PTPTN dalam 100 hari pertama kerajaan baru.

Manifesto PH berikrar untuk mengeluarkan orang-orang yang gagal membayar pinjaman PTPTN daripada senarai hitam imigresen dan peminjam yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak perlu membayar semula pinjaman mereka.

Semalam, Wan Saiful berkata dia berjaya “memutihkan” 429,945 orang yang gagal membayar pinjaman PTPTN dan nama mereka dikeluarkan dari senarai hitam imigresen sejak 24 Mei.

Bagaimanapun, ikrar membolehkan peminjam tidak perlu membayar semula pinjaman mereka ditunda sehingga kewangan kerajaan bertambah baik.

Maszlee berkata pihaknya menghubungi beberapa individu sebelum pelantikan Wan Saiful tetapi mereka menolaknya.

“PTPTN ini dulu dilihat sebagai sesuatu yang prestij dan semua mahu tapi sekarang ramai orang takut kerana kita komited untuk melaksanakan janji kita,” katanya kepada pemberita pada siang media di Putrajaya hari ini.

“Kita tahu ramai orang tak nak bayar, ia merupakan satu tugas yang berat.

“Kita cuba menghubungi beberapa pihak, terutama mereka yang mempunyai latar belakang ekonomi dan kewangan, ramai yang menolak kerana tanggungjawab yang besar.

“Akhirnya dalam perbincangan, Wan Saiful, yang juga penasihat saya, rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu kerana tidak banyak waktu untuk melunaskan janji-janji PH.”

Wan Saiful, bekas ketua pegawai eksekutif di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), dilantik sebagai pengerusi PTPTN bagi tempoh 2 tahun pada 18 Jun lepas.

Maszle berkata Wan Saiful sedia mengambil risiko dan peluang untuk melunaskan janji PH dalam tempoh masa itu.

Beliau berkata jawatan itu satu beban buat Wan Saiful kerana dia bekerja dalam keadaan “kontingensi”.

“Untuk kontingensi ini, beliau menghubungi beberapa rakannya dari badan-badan kewangan dan ekonomi, dan kalau kita lihat dalam lembaga pengarah PTPTN yang baru memang ianya susunan kontingensi.”

Maszlee berkata kerajaan PH berjanji akan menarik balik sekatan ke atas orang-orang yang gagal membayar pinjaman PTPTN dan mesti melunaskan janji itu, tetapi menggesa peminjam supaya menjadi orang yang bertanggungjawab dan membayar hutang mereka.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...dilantik-ke-ptptn-kerana-orang-lain-tak-mahu/
 
kata nak lantik org yang tidak bermotifkan politik.. alih2 lantik gak.. kata cybertroops
 
lidah bercabang eh pemimpin2 PH.. sama je ngan BN..
 
sapa wan saiful ni? pencerahan!!!!
 
Calon pru14 yg kalah
Ape2 pun tutup mata sebelah, ni bukan lantikan politik

:)):)) lantik ahli politik yang kalah adalah bukan lantikan politik.. ia adalah hadiah suci dari pemimpin suci.. :D
 
Ingatkan sorg je lantikan bukan politik
Sekalinye 11 org lantikan bukan politik
2-3.png

Berita penuh
http://ttkm.com.my/2018/06/28/bazir-menteri-pendidikan-lantik-pegawai-khas-sehingga-11-orang-laporan-eksklusif-ttkm/
 
Oklah asal tak jahanam negara. Kalau jahanam jugak tak taulah..
 
Back
Top
Log in Register