Orang Islam di Italy menggunakan sebuah kedai untuk mendirikan solat Jumaat. Mereka masih memohon kebenaran mendirikan masjid. Namun Wakil rakyat di situ tidak membenarkan masjid dibina.
Satu ketika dahulu kerajaan Romawi (Rome-Greek) bercita-cita menakluk Eropah dan negara Arab bagi membesarkan empayarnya dikenali dengan Pemerintahan Byzantine. Mereka telah menakluk Turkey dan mendirikan sebuah gereja terbesar di dunia ketika itu dan menamakan pusat pemerintahan sempena raja Constantine iaitu Constantinople.
Apabila Turki jatuh ke tangan Islam, Constantinople ditukar nama kepada Istanbul. Ketika pemerintahan Othmaniah, bangunan Hagia Sophia yang dahulunya gereja terbesar ini diubahsuai supaya mihrabnya menghadap Kaabah apabila ditukar menjadi sebuah masjid.
Beberapa menara dibina di keliling bangunan yang semenjak awalnya tiada menara serta sudah beberapa kali dibaikpulih kerana gegaran gempa bumi. Kemudian ia dikenali sebagai Aya Sofia. Masjid ini kemudian ditukar menjadi sebuah muzium hingga kini.
Kerajaan Turki juga membina sebuah masjid baru bersetentang dengan Aya Sofia dan di beri nama Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali dengan nama Masjid Biru, bentuknya lebih kurang sama macam Aya Sofia. Dinding dalamannya dihiasi indah jubin berwarna biru . Jika dibandingkan memang Masjid Biru lebih cantik lagi.
Aya Sofia asal sebuah gereja ditukar jadi masjid, kini sebagai sebuah muzium.