BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Melayu atau Islam?

Islam itu suci tapi melayu la ni banyak kacuk...tu yang budaya dan peradaban orang melayu sekarang bercampur aduk. Orang Islam menutup aurat tapi melayu kacuk ni kepala bertudung pusat terdedah.......Orang Islam berpuasa tapi melayu kacuk ni tahan makan tapi nafsu bebas.... so fahaman ini la yang nak diterapkan oleh kebanyakkan melayu sekarang di malaysia.... al maklum lah malaysia baru yang cemerlang,gemilang dan terbilang.......

sedarlah... kalau semua manusia alim dan baik dan beriman kepada tuhan, untuk apa lagi tuhan turunkan nabi & agama kepada manusia...

agama itu untuk semua orang, sama ada baik atau jahat.

orang islam ada baik, ada jahat. tapi yang jahat orangnya. bukan islamnya. di manakah kamu yang bertanggungjawab mengingatkan mereka?

peradaban melayu kucar kacir bukan kerana kacuk.

peradaban melayu sangat alami. dari pakaian, tarian, silat, makanan, rumah, bahasa, etc. jika kau tinggal di nusantara, tiada yang lebih baik selain dari hidup sebagai melayu.

di nusantara tiada yang lebih nyaman dan selesa selain dari rumah melayu. (tapi senibina melayu asli).

tiada pakaian yang lebih selesa selain baju kurung (lelaki & perempuan).

makanan melayu menggunakan segala macam tumbuhan-tumbuhan yang ada di alam nusantara. tiada masakan dunia lain yang memanfaatkan fauna nusantara lebih baik dari masakan melayu.

bahasa melayu penuh dengan khazanah alam nusantara. tak payah buka national geographic nak belajar tabiat binatang. baca buku kompilasi pantun pun kau banyak belajar tabiat binatang dan alam dunia nusantara.

kau nak tinggalkan melayu kerana tidak cukup islam? bagaimanakah pakaian yang islamik? pakaian orang arab untuk cuaca padang pasir. asalkan menutup aurat dan tidak melanggar sebarang hukum syarak, belum cukup islamik.

musuh bukan ada pada kemelayuan. musuh ada pada mereka yang menentang proses pengislaman melayu ke arah yang lebih baik. contohnya? IFC dan mereka-mereka yang tidak sedar diri, tidak sedar dek tuah.

melayu dah banyak mengalami transformasi ke arah yang dikehendaki islam. sayangnya kebelakangan ini sudah susut kebelakang sedikit.

tak perlulah menghukum melayu.

melayu itu indah. cara paling mudah menghayati kebesaran tuhan, jadilah melayu.
 
aku nie klau dah masuk poltik nie
susah skt nak join hehehehe
apapun buka la buku tamadun Islam balik
baca dlm 2 masa zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
nti kt paham la skt2..........
 
well, sebenarnya kita tak perlu bangga pun jadi Melayu..bukan jaminan masuk syurga pun..

kita kena bangga lagi bersyukur jadi Islam, kerana Islamlah dapat jamin masuk syurga..jadi Melayu apa jaminan? minyak pun naik...
 
takkan nak salahkan pak lah jugak dalam hal ni? kemudian, mesti ada orang yang suka menyebut islam hadhari...

ada dosa yang hanya jatuh kepada pemimpin (yang lalai).
ada pahala yang jatuh hanya kepada pemimpin.

artinya, memang ada peruntukan yang lebih besar mengenai akauntabiliti seorang pemimpin di sisi tuhan dalam islam.

pokoknya "islam hadhari" itu sendiri over-rated. ia lebih sebagai branding, as if it's the better islam, padahal islam itu memang hadhari, yang boleh dihadharikan hanya tinggal ummahnya.

cakap tak serupa bikin la itu hadhari.

macam raja rom dan st. paul jugak dulu. menggunakan kristian sebagai alat kekuasaan.
 
well, sebenarnya kita tak perlu bangga pun jadi Melayu..bukan jaminan masuk syurga pun..

kita kena bangga lagi bersyukur jadi Islam, kerana Islamlah dapat jamin masuk syurga..jadi Melayu apa jaminan? minyak pun naik...

jadi melayu tak boleh jadi islam?

aku nak habaq sikit.

masjid yang bersepah-sepah kat malaysia ni kebanyakannya la kan, menggunakan senibina kaum Moors dari Andalusia. Ia peradaban islam, berperisa Moors.

kalau masjid tak ada kubah, tak jadi masjid ke?

kalau bangsa moors tak pernah wujud, masjid kita takde bumbung? kau mesti fikir macam mana nak design bumbung sesuai dengan persekitaran kau. kalau kau melayu, melayulah jadinya design kau tu nanti.

itu sumbangan budaya Moors. dalam setiap inci bangunan bersenibina Moors terselit penghayatan ke atas falsafah-falsafah islam. tapi pendekatannya, pendekatan Moors.

jadi salahnya kah kalau pendekatannya, pendekatan Melayu?

Dalam al-quran ada disebut baju orang islam macam mana rupa? yang ada cuma garis panduan. bagaimana rupa bajunya terserah pada budaya masing-masing nak memanifestasikannya.

yang kau menyamakan antara kaum/budaya/peradaban dengan agama ni apekehei?

bukan pasal berbangga dengan kemelayuan, tapi untuk "treasure" apa yang kita ada. peradaban melayu tu tinggi.

aku nak tanya... ada berapa sistem beraja yang ada di dunia ni, yang ada lebih dari 5 panggilan yang mungkin, untuk seorang Royal Consort.... betapa kompleksnya sistem orang melayu. orang putih kata "well thought", orang melayu kata "dah abis fikir dah".
 
Last edited:
@kuhik
aku ada permintaan.

sila respon dengan menggunakan bahasa islam, jangan gunakan bahasa melayu.
 
rileks... rileks Sri Rama...

Agaknya apa yang dimaksudkan kuhik tu ialah... agama Islam ni bukan milik orang melayu je... ia adalah milik semua kaum atau bangsa... orang cina pun boleh jadi orang Islam... India pun boleh jadi Islam... sebab semua tu ialah hanya lah sekadar bangsa atau kaum sahaja...

so kalau apa yang aku faham dia cakap "kita kena bangga lagi bersyukur jadi Islam, kerana Islamlah dapat jamin masuk syurga..jadi Melayu apa jaminan? minyak pun naik..." tu betul lah tu... Melayu pun ada melayu kafir... melayu kristian.. nama je melayu tapi agama bukan Islam... itu ok lagi... sebenarnya yang lebih bahaya ialah Islam Munafik... dia mengaku dia melayu... dia mengaku dia Islam... bila orang cabar Islam dia marah... tapi dalam masa yang sama dia tak ikut rukun iman... dia tak ikut rukun Islam... minum arak... tak jaga solat...

Wallahualam...

p/s: dalam hal ni aku tak bias kepada sesape... baik Sri Rama mahu pun kuhik... dua2 betul cuma dalam keadaan yang berlainan... aku pun cuma nak menyampaikan setakat apa yang aku faham je daripada situasi korang berdua ni...
 
Last edited:
tidak ada manusia yang boleh jadi islam tanpa menjadi seorang arab atau melayu atau cina atau parsi atau apa-apa identiti kaum.

islam itu roh, untuk jasad yang mempunyai rupa.

jika si kuhik menyesalkan kepartian nasionalis, tidak boleh menghukum melayu. bukan parti kebangsaan melayu bersatu yang mencipta melayu.

aku faham kalau yang ingin disalahkan adalah nasionalisme tegar. tapi dengan menafikan hak untuk kaum (jenis pribumi) untuk tidak wujud sudah menjadi satu pelanggaran fikrah. islam mengiktiraf fikrah manusia hidup berkelompok dan beridentiti asalkan tidak menjadi ketaksuban dan asabiyah.

dan jangan satu hari nanti menyesal kerana taksub pada satu parti seperti taksubnya puak nasionalis dengan ameno.

kita hiduplah sebagai melayu islam. hargailah usaha nenek moyang kita, tidak ramai entiti yang berjaya mencapai islamisasi total dalam dunia ni.
 
sebenarnya yang lebih bahaya ialah Islam Munafik... dia mengaku dia melayu... dia mengaku dia Islam... bila orang cabar Islam dia marah... tapi dalam masa yang sama dia tak ikut rukun iman... dia tak ikut rukun Islam... minum arak... tak jaga solat...

Wallahualam...

memang yang ni yang aku dok nampak selau....tapi, jika ayat ni keluar daripada mulut aku...for sure akan ada orang tampil keluar untuk bangkang....

tapi kali ni, syukur alhamdulillah, bukan keluar daripada mulut aku....tapi keluar daripada melayu tu sendiri yang beragama islam....
 
Agaknya apa yang dimaksudkan kuhik tu ialah... agama Islam ni bukan milik orang melayu je... ia adalah milik semua kaum atau bangsa... orang cina pun boleh jadi orang Islam... India pun boleh jadi Islam... sebab semua tu ialah hanya lah sekadar bangsa atau kaum sahaja...

islam bukan milik eksklusif melayu.
ya betul, aku tak kata mesti melayu untuk jadi islam.

tapi implikasi dari kenyataan kuhik akan membuatkan melayu membenci diri sendiri.

"self hating malays".

so kalau apa yang aku faham dia cakap "kita kena bangga lagi bersyukur jadi Islam, kerana Islamlah dapat jamin masuk syurga..jadi Melayu apa jaminan? minyak pun naik..." tu betul lah tu... Melayu pun ada melayu kafir... melayu kristian.. nama je melayu tapi agama bukan Islam... itu ok lagi... sebenarnya yang lebih bahaya ialah Islam Munafik... dia mengaku dia melayu... dia mengaku dia Islam... bila orang cabar Islam dia marah... tapi dalam masa yang sama dia tak ikut rukun iman... dia tak ikut rukun Islam... minum arak... tak jaga solat...

Wallahualam...

p/s: dalam hal ni aku tak bias kepada sesape... baik Sri Rama mahu pun kuhik... dua2 betul cuma dalam keadaan yang berlainan... aku pun cuma nak menyampaikan setakat apa yang aku faham je daripada situasi korang berdua ni...

islam belum tentu masuk syurga jika tidak beriman. antara muslim dan mukmin ada bezanya.

yang korang nak glorify sangat ke-pelbagai-agama-an melayu tu kenapa.... kita dah berusaha jauh nak islamkan dunia melayu. hampir seluruh dunia melayu dah islam. jawa tidak sempat 100% islam waktu belanda datang. filipina juga begitu. di dalam perang minda kita dah secure kemenangan kita. sekarang nak hancurkan status-quo ni? macam mana nak hapuskan golongan murtadin? atas arguement apa? bila melayu dah tak islam siapa nak patuh pada raja? bila raja takda siapa nak cover islam?

jangan kerana politik benda ni hancur semua. jangan jadi bodoh....

aku benci umno, tapi jangan kerana pas semua hancur. biar kita guna mereka jangan mereka guna kita.
 
Back
Top
Log in Register