hmm....
kalau difikir-fikirkan.... sri rama ni memang ada point dia tentang kemelayuan tu...
betul jugak... kita ni memang dah dilahirkan sebagai melayu yang beragama Islam... (betul ke kita ni benar2 melayu? betul ke kita ni benar2 Islam? tanya diri sendiri dan jawab dgn ikhlas...)
kita tak boleh tolak islam kerana dah terbukti islam is a way of life... dan dah kebetulan kita ni melayu... so kalau kita tolak melayu kita ni... kita nak jadi apa?
aku rasa lah... yang penting kita kena tegakkan kemelayuan kita tapi melayu yang bercirikan islam... kita tak nafikan... melayu kita yang dulu2 ni terikut-ikut kepada kehinduan terutama sekali dari segi adat... ada jugak beberapa adat kita yang tidak bersesuaian dengan hukum islam... so mana yang bercanggah tu kita buang... gantikan dengan adat mengikut Islam...
wallahualam...
sekadar renungan di pagi Jumaat... semoga hari mulia hari ni membawa keberkatan kepada kita semua... amin... amin... amin... Ya Rabbal Al Amin...
p/s: kita perlukan lebih ramai lagi orang2 macam Sri Rama dalam ni sebenarnya... baru lah kita ada 2nd and 3rd opinion.. baru lah ada suasana ilmu... kita berhujah dan berdebat untuk sama2 mencari kebenaran bukan untuk pergaduhan... aku sendiri memang tak pandai nak berhujah atau berdebat macam sri rama... hehehe anyway... teruskan sri rama.. moga suatu hari nanti ada lagi org macam sri rama ni dan memberikan hujah2 dia pulak...
yang kehinduan itu jawa...
hindu melayu dah cair sejak melayu jadi buddha
lepas tu cair lagi lepas jadi islam
sriwijaya buddha, malayo di palembang juga buddha, pattani buddha, langkasuka buddha... saking kebudhaan kita sampaikan kuil buddha di kelantan sebenarnya bersenibina melayu-buddha. cuba bezakan dengan kuil buddha kelantan dengan kuil buddha cina dan thai, berbeza. jadi itu satu bukti transformasi maha hebat orang melayu dari era buddha ke era islam.
lihat melayu- hindu di champa. sila semak wikipedia untuk lihat senibina melayu-hindu di vietnam tengah & selatan (wilayah asal melayu champa). angkor wat juga binaan bangsa melayu hindu. sangat totok hindunya.
senibina melayu buddha & hindu sangat 'elaborate'.
tapi dalam masa singkat bila roh islam masuk ke jiwa melayu, kita berubah rupa dengan drastik dan lihat pula senibina melayu islam, tidak kurang elaborate malah sangat tinggi seninya.
lihat sekeliling kita...
jika di utara orang siam masih wai (merapat tapak tangan yang ditelekup ke dada/dagu/dahi), dan di selatan orang jawa juga masih melakukan perkara yang sama, untuk menzahirkan rasa hormat, tetapi hanya orang melayu di tengah-tengah sudah meninggalkan amalan tersebut. budi pekerti dan susila orang melayu, jika dikaji dari bahasanya, sangatlah tinggi. melucutkan satu tabiat baik seperti menghormati orang lain dengan gerak tubuh tertentu bukan perkara mudah. bukti orang kita dahulu juga wai untuk hormat dapat kita lihat saki-bakinya di adat istana (tapi sekarang pun dah kurang).
menghina keislaman melayu berarti mensia-siakan usaha menghayati islam oleh orang terdahulu. kita teruskan, yang mana perlu dibaiki kita baiki.
berapa ramai yang pernah baca Gurindam 12 karangan Raja Ali Raja Haji?
berapa ramai berani sangkal jika karya tersebut bukan roh islam dalam penzahiran yang indah, indah cara melayu...