BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

2 pegawai kanan syarikat air Kelantan, 2 konsultan ditahan SPRM

Mei 15, 2024

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Menurut sumber, keempat-empat lelaki berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan secara berasingan di sini, antara jam 7 hingga 10 pagi ini.

Katanya, dua lagi yang ditahan adalah pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai konsultan bagi menyiapkan pembinaan telaga terbabit.

"Telaga jejari ini sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air yang mencukupi kepada penduduk, namun siasatan awal mendapati ia tidak menghasilkan kuantiti air secara optimum," katanya, hari ini.

Menurut sumber, i dipercayai disebabkan berlaku amalan rasuah dan penyelewengan dalam pelaksanaan projek pembinaan telaga jejari itu.

Katanya, SPRM turut menyita beberapa barangan daripada suspek seperti dokumen dan telefon bimbit.

"Semua suspek dibawa ke Pejabat SPRM Kelantan bagi dirakamkan keterangan," katanya.

Difahamkan, siasatan berkenaan dipercayai hasil rungutan dan aduan daripada penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu air di Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Katanya, semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, esok, bagi proses permohonan reman untukk siasatan lanjut.
 
modal prk ke ni
 
dalam tu semua org nogori takkan la tikam belakang
org sana kat luar dari negeri diorg je nak tolong menolong

kat negeri diorg tikan blkg gak.. tapi tak tahu la ni dari apa yg diorg citer. kene member CG sahkan le.

ye la asek geng dia je asek2 geng dia.. kadang2 org pun jadi bengkek.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register