BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masalah Air Kelantan

Masalah bekalan air boleh jejas hasil tangkapan ikan di Kelantan

Faiz (tiga dari kanan) meninjau jualan ikan tenggiri pada Program Jualan Agro Madani di Pasar Nelayan Pulau Gajah, Kota Bharu hari ini.- Foto ROSLIZA MOHAMED
KOTA BHARU – Masalah bekalan air yang berlaku di Pusat Pendaratan Ikan di Tok Bali, Pasir Puteh dekat sini dilihat boleh menjejaskan hasil tangkapan ikan di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, masalah air di kawasan itu akan menyebabkan kemerosotan tangkapan ikan berikutan bekalan air yang tidak mencukupi untuk keperluan ais.

Menurutnya, masalah bekalan air sekali gus menjadikan hasil tangkapan tidak tahan lama sama ada untuk sejuk beku atau jualan.

“Sehubungan itu, LKIM sudah mengadakan pertemuan dengan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah tersebut di Pasir Puteh.

“Masalah itu memang ada dan kita sudah berjumpa dengan AKSB untuk mencari solusi terbaik bagi jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jualan Agro Madani di Pasar Nelayan Pulau Gajah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Faiz memberitahu, pihaknya mengambil alternatif menggunakan lori untuk mengangkut air untuk pelan jangka masa pendek.

Katanya, kemudahan bekalan air mencukupi bukan sahaja diperlukan rakyat Kelantan, malah ia juga melibatkan industri perikanan.

“LKIM) berharap sangat langkah agresif dapat diambil oleh pihak berkenaan. Saya yakin Kelantan akan jadi industri hab makanan kerana kebanyakan syarikat mempunyai kapal besar (bot C2) untuk keluar ke laut dan perairan yang luas dan mempunyai kompleks perikanan.

“Insya-Allah, ramai anak muda akan bekerja di negeri sendiri terutama di Tok Bali selepas ini tanpa perlu berhijrah ke tempat lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
Kelantan buka kilang paip HDPE pertama atasi masalah bekalan air

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan - fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Sebuah kilang paip High Density Polythylene (HDPE) yang pertama dibuka di Kelantan sekali gus dijangka mengatasi masalah bekalan air di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu “Non Revenue Water” yang sangat kritikal di Kelantan sehingga menjejaskan bekalan air bersih dan terawat di seluruh negeri.

Beliau berkata kilang HDPE Kel Intaaj Sdn Bhd ini dimiliki oleh Kelantan Utilities Mubarakan (KUM) yang juga syarikat induk Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

“KUM mengadakan usaha sama dengan syarikat yang prominen dalam sektor pembuatan paip HDPE iaitu Duramine Sendirian Berhad.

Mohamed Fadzli berkata antara jabatan dan syarikat yang menggunakan paip keluaran kilang Duramine ialah Pengurusan Aset Air Berhad, Syarikat Air Negeri Sembilan dan Air Selangor Sendirian Berhad.

Kilang Kel Intaaj telah memperoleh Certificate of Completion and Compliance dan kelulusan Lesen Pengilang daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

“Bangunan kilang paip Kel Intaaj ini berkeluasan 34,744 kaki persegi dan tanah tapak kilang ini berkeluasan 1.7 hektar yang dipajak daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan,” katanya.

“Kami juga telah menjalankan Current State Assessment ke atas AKSB dan mendapati antara punca masalah bekalan air di Kelantan disebabkan paip yang sudah terlalu lama dan kecekapan sumber manusia tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata pengoperasian kilang ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan mutu khidmat bekalan air bersih di Kelantan malah usaha untuk menarik pelaburan sekali gus merancakkan ekonomi Kelantan.
 
Penggantian paip kritikal di enam negeri termasuk Kelantan bermula tahun depan

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan air, sejajar dengan matlamat Program NRW Kebangsaan. Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Pelaksanaan penggantian paip kritikal dan penyelesaian secara holistik menerusi program Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan di enam negeri termasuk Kelantan akan bermula bagi tempoh 2025 sehingga 2030.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi kenyataan memaklumkan, ia turut melibatkan Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Cadangan program NRW yang melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion itu telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 24 Julai lalu dan akan dilaksana menerusi pemberian geran yang merangkumi dua pendekatan," katanya pada Jumaat.

Ujar PETRA, melalui Belanjawan 2025 kerajaan turut mencadangkan peruntukan kepada Kelantan untuk penggantian meter dan pembaikan tangki air dengan projek dijangka siap pada 2025.

"Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) juga memberi pinjaman RM211.5 juta untuk menggantikan paip asbestos sepanjang 393 kilometer (km) yang dijangka selesai pada Oktober 2025," kata kementerian itu.

Jelas PETRA, sehingga kini, sebanyak 176 km telah siap dilaksanakan dengan kos RM60.5 juta.

"Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan kadar NRW melalui peningkatan infrastruktur air, projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Machang di Kelantan merupakan langkah penting.

"Dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM500 juta pada 27 September tahun lalu, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan air, sejajar dengan matlamat Program NRW Kebangsaan," katanya.

Menurut kementerian berkenaan, pinjaman juga disalurkan kepada PAAB bagi membina LRA Machang yang akan menggunakan sumber air dari Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang.

"Meskipun pada awalnya Kelantan memohon penukaran pinjaman ini kepada geran, kerajaan mengekalkan pemberian pinjaman dengan moratorium 10 tahun.

"Projek ini dijangka bukan sahaja menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan tetapi juga mengurangkan kadar NRW di negeri tersebut, menyokong inisiatif nasional untuk memastikan bekalan air yang lebih efisien dan terjamin," katanya.

Tambah PETRA, kejayaan pelaksanaan LRA Machang dan Program NRW Kebangsaan itu dijangka memberikan impak positif yang signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti bekalan air dan mengurangkan kadar NRW di seluruh negara.

Dalam pada itu, PETRA berkata, pendekatan kadar imbuhan balik secara prorata untuk menggalakkan penyertaan operator air pula akan dilaksana di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
 
Mesti keje menteri zaman 33bln Kan...
Madani cume sambung keje2 diorgkan... 🤣
 
Air Kelantan: Jangan salahkan Kerajaan Perpaduan, salahkan pemimpin Pas

Tindakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan bilakah peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah air bersih di Kelantan mahu disalurkan kepada Kerajaan Negeri dibidas aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Beliau yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz menempelak ahli politik Perikatan Nasional (PN) itu dengan mengingatkan Wan Fayhsal bahawa bekalan air Kelantan seharusnya diselesaikan pada era pemimpin Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan PN (2020-2022).

"Masa kerajaan PN memerintah 33 bulan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man jadi Menteri Alam Sekitar dan Air.

"Beliau (Tuan Ibrahim) juga adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Kenapa tidak mampu selesaikan masalah air di Kelantan?

"Tuan Ibrahim ada dalam Kabinet Malaysia di bawah pentadbiran PN selama 33 bulan.

"Terdapat lima menteri dan empat timbalan menteri berasal dari Kelantan, termasuk kamu (Wan Ahmad Fayhsal), tapi masalah air di Kelantan kekal berlarutan," katanya dalam kenyataan itu.

Syam Ghaz terus menegur bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dengan menyatakan seharusnya pemimpin PN Kelantan berterima kasih dengan Perdana Menteri dan menteri Kerajaan Perpaduan yang sering menjengok projek naik taraf bekalan air di Kelantan.

"Bila dah tumbang, baru kamu nak kalut desak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percepatkan bantuan.

"Sepatutnya kamu kena berterima kasih kerana PMX (Anwar) sudah datang untuk melihat loji Air Chica bersama Exco Kerajaan Negeri beberapa hari lalu dan menyatakan kesediaan untuk bantu Kelantan.

"Nak harapkan Pas Kelantan selesaikan masalah air?

"Dah jadi Kerajaan Pusat 33 bulan dan 34 tahun memerintah Kelantan masih tak selesai," kata beliau lagi.

Terdahulu Wan Ahmad Fayhsal, Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memuat naik satu hantaran di Facebook antaranya mempersoalkan bilakah kerajaan pusat mahu menyalurkan peruntukan segera RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau turut membangkitkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan masalah Air Tidak Berhasil (NRW) khususnya di Kelantan.

Katanya, isu air NRW adalah masalah besar yang telah lama membelenggu negeri berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register