BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAS lancar baju T #FLYINGHIGH

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Najmuddin Abdullah (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Abstrax Jingga, Dr Faiz Izwan Anuar melihat rekaan terbaharu oleh Abstrax ketika melancarkan #Flyinghigh T-shirt di Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama


MALAYSIA Airlines (MAS) dengan kerjasama jenama pakaian tempatan Abstrax Jingga, melancarkan baju-t #FLYINGHIGH sempena ulang tahun ke-42 syarikat penerbangan negara itu, hari ini.Naib Presiden Kanan Komunikasi strategik MAS Datuk Najmuddin Abdullah berkata kerjasama itu adalah bahagian daripada siri kedua kempen media sosial #STAYSTRONG, #FLYINGHIGH yang mendapat banyak sambutan dalam kalangan rakyat di seluruh dunia."Kami terharu dengan sokongan yang kita terima seluruh dunia dan ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua anda yang telah bersama kami sepanjang tempoh dugaan ini."Kami telah melalui perjalanan yang jauh sejak 1972 dalam menyampaikan 'Hospitaliti Rakyat Malaysia' melalui rangkaian kami dan telah menerbangkan jutaan rakyat Malaysia ke tanah air dan ke luar negara melalui kerjasama ini; kami berharap mendapat sokongan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus memartabatkan negara," katanya dalam sidang akhbar di sini.Sementara itu, pengasas bersama Abstrax Jingga, Dr Faiz Izwan Anuar berkata, baju-T itu direka secara eksklusif dan dihasilkan dengan tujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia, membuatkan mereka bangga dengan negara ini serta terusmempertahankan negara."Menjelang akhir tahun ini, kami menyasar untuk menjual antara 5,000 hingga 10,000 baju-T #FLYINGHIGH kepada pelanggan kami."Kami telah menerima banyak tempahan daripada pelanggan tempatan dan dari negara seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Mesir," katanya. - Bernama
 
smart plop design baju nih
jgn rega pun flying high jugak dah lerr..
 
cun cun

ciplak sikit pstu jual rm10 hehe
 
cantik la.. mana boleh dpt ni?
 
Abstrak jingga buat pre order baju ni. Xsilap baju lengan pendek rm90, lengan pjg 120 rasanya. Gi follow instagram dia... Baju kain ala2 jersey or quick dry kot.
 
Abstrak jingga buat pre order baju ni. Xsilap baju lengan pendek rm90, lengan pjg 120 rasanya. Gi follow instagram dia... Baju kain ala2 jersey or quick dry kot.

rm90 berat betol nak beli :))

nak pakai buat kayuh petang2 je
 
Kalau ada orang CG jual, hari ni jugak aku beli :">
 
Back
Top
Log in Register