BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAS kini kritikal

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ek_01.1.jpg


Ahmad Jauhari Yahya (kanan) menjawab soalan pemberita selepas mengumumkan pelan pemulihan MAS di Kelana Jaya, Selangor, semalam. Di kirinya Mohammed Rashdan Yusof.

PETALING JAYA 7 Dis. - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) yang rugi berturut-turut sepanjang tiga suku tahun 2011, kini 'kritikal' sehingga perlu menggantung rangkaian laluannya untuk mencapai aspirasi keuntungan menjelang 2013.

Penggantungan laluan yang terkandung dalam Pelan Pemulihan Perniagaan MAS yang diumumkan hari ini, terpaksa dilakukan kerana syarikat penerbangan itu hanya mempunyai tunai sebanyak RM1 bilion yang cukup sehingga tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, langkah yang tidak popular itu perlu dibuat, bukan hanya untuk mengembalikan keuntungan MAS tetapi menyenaraikan MAS semula dalam 10 kedudukan senarai syarikat penerbangan terbaik dunia.

Antara laluan yang telah menyumbangkan kerugian sebanyak 40 peratus kepada MAS ialah Cape Town, Johannesburg, Buenos Aires serta Dubai dan ia berkuat kuasa pada awal 2012.

Beliau berkata, beberapa laluan lain yang bakal digantung akan diumumkan kemudian selepas ia dimuktamadkan nanti dan tidak menolak beberapa laluan Eropah seperti Frankfurt dan Rom juga sedang diteliti.

''MAS tiada pilihan lain terpaksa 'mengecut' operasinya untuk berkembang dan paling penting syarikat penerbangan itu perlu dikeluarkan daripada situasi sukar supaya ia boleh berkembang semula.

''Kami hanya mahu memberi keutamaan kepada perniagaan teras sahaja dengan mengambil kira MAS perlu mempunyai saiz yang betul untuk meneruskan kelangsungan MAS pada masa depan.

''Pengurangan tempat duduk tersedia setiap kilometer (ASK) kira-kira 12 peratus dijangka mampu menjimatkan antara RM220 juta hingga RM302 juta pada tahun depan,'' katanya pada sidang akhbar pertamanya selepas dilantik menerajui MAS di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof.

Dengan pelan pemulihan itu, MAS akan menjadi penerbangan premium serantau yang menumpukan laluan yang mendapat permintaan tinggi seperti Manila, Jakarta dan Narita.

Beliau menafikan MAS bakal bersaing dengan AirAsia Bhd. (AirAsia) kerana penerbangan premium menawarkan kelas perniagaan dan perkhidmatan penuh.

Ahmad Jauhari berkata, kakitangan MAS yang terlibat dalam penggantungan laluan akan ditempatkan di anak-anak syarikatnya bukan teras.

''Kakitangan tidak mempunyai pilihan lain (untuk tidak menerimanya) kerana MAS mempunyai aliran kewangan terhad, sambil menyifatkan keadaan semasa MAS adalah lebih teruk berbanding ketika kerugian sebelum ini.

''Pemberhentian kerja secara sukarela (VSS) adalah pilihan terakhir yang kami akan buat,'' katanya.

Ahmad Jauhari menambah, tindakan kedua dalam pemulihan itu ialah memenangi semula hati penumpang MAS melalui penerimaan 23 pesawat baharu pada 2012.

Tegasnya, penggunaan pesawat baharu adalah kritikal kerana antara faktor-faktor yang menyumbang kepada penyusutan pelanggan adalah penggunaan pesawat yang lama.

Katanya, meskipun MAS memiliki krew kabin terbaik dunia namun persaingan hebat penggunaan pesawat baharu oleh syarikat-syarikat penerbangan khususnya dari Timur Tengah memberi kesan kepada MAS.

''Kami menjangkakan pesawat baharu mampu memperbaiki pengurusan pendapatan dan jualan taktikal dengan mengoptimumkan hasil antara RM394 juta hingga RM477 juta,'' kata beliau.

Tindakan ketiga adalah memberikan tumpuan terhadap pengurangan kos melalui simpanan yang diperoleh daripada penjimatan kos tetap, pemerolehan dan program pembaikan produktiviti yang menyumbang antara RM309 juta hingga RM392 juta.

Mohammed Rashdan berkata, pelan pemulihan yang dirangka itu mampu mengurangkan kerugian MAS pada tahun depan dengan unjuran aspirasi asas kes sebanyak RM165 juta dan sasaran dilanjutkan RM238 juta.

''Kami mahu mengekalkan tahap peningkatan keuntungan dan menjana keuntungan selepas cukai sebanyak RM900 juta pada 2016,'' jelasnya.
 
Operasi diasingkan, rakan strategik dicari

PETALING JAYA 7 Dis. - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) akan mengasingkan empat perniagaan bukan terasnya daripada operasinya dan dikendalikan sebagai syarikat yang mampu berdiri sendiri.

Empat perniagaan bukan teras itu ialah perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), latihan penerbangan dan akademi keselamatan, perkhidmatan kendalian darat dan MAS Kargo.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan syarikat penerbangan nasional itu dapat menumpukan kepada penerbangan perkhidmatan penuh dan premium sahaja.

Beliau berkata, rakan kongsi strategik juga dicari untuk melabur di dalam syarikat-syarikat tersebut, sekali gus akan mengurangkan pegangan ekuiti MAS di dalamnya.

Ahmad Jauhari berkata, melalui pelan pemulihan semula yang baharu itu, MAS dijangka mampu menjana keuntungan di antara RM255 juta sehingga RM337 juta.

Katanya, dengan adanya rakan strategik di dalam syarikat-syarikat tersebut, ia akan mempunyai lebih banyak perjanjian jangka panjang yang tetap, selain meningkatkan lagi perolehan syarikat.

Ia juga bakal membuka peluang kepada anak-anak syarikat untuk menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat penerbangan yang transit di negara ini.

Ahmad Jauhari juga tidak menolak kemungkinan untuk melupuskan sepenuhnya perniagaan-perniagaan tersebut sekiranya menerima tawaran yang sangat lumayan, meskipun operasi itu sebelum ini menguntungkannya terutamanya MRO.

''Kami bersedia untuk melupuskan sepenuhnya jika ada tawaran yang sangat-sangat lumayan tetapi apa yang utama ketika ini adalah mengasingkan perniagaan bukan teras dan menumpukan kepada perniagaan penerbangan sahaja," katanya semasa sidang akhbar mengumumkan Pelan Pemulihan Semula MAS di sini hari ini.

Sebagai langkah mengukuhkan perniagaan terasnya, MAS akan melancarkan syarikat penerbangan premium serantau pada Jun tahun depan yang menghubungkan destinasi seluruh Asia Tenggara dan beberapa bandar raya utama di Asia Selatan dan China dengan menggunakan pesawat Boeing 737-800.

"Kami berhasrat untuk menawarkan pengurusan berasingan bagi memberi fokus kepada keperluan pelanggan yang unik dan kami akan lebih menumpukan kepada laluan serantau dan mungkin mengembangkan kepada destinasi lain pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, MAS akan menggunakan pelbagai saluran untuk membiayai pembelian 23 pesawat baharunya yang akan diterima pada tahun depan yang berjumlah RM6 bilion.

Ia akan dilaksanakan menerusi pinjaman bank atau agensi pemberi kredit dan terbitan sukuk khas dengan mencagarkan pesawat-pesawatnya.

Ditanya mengenai Rangka Kerja Komprehensif (CCF) di antara syarikat itu, AirAsia dan AirAsia X, Ahmad Jauhari berkata, kerjasama hanya boleh dilaksanakan jika ia membawa manfaat kepada ketiga-tiga pihak dan tidak mustahil digugurkan jika hanya berfaedah kepada satu pihak sahaja.

Katanya, perbincangan di antara ketiga-tiga pihak sudah pun dimulakan melibatkan gabungan pemerolehan dan pengukuhan operasi antaranya pembelian bahan api, MRO dan perkhidmatan latihan dan kendalian darat.
 
sape suruh letak tiket mahal2,huhu,skrg air asia dah dominate the skies.... hehe :D
 
member aku keje bhgn operasi... OT non stop jerk... masyuk memanjang... pelik btul aku... ermm.. harap2 x ada ape2 la.. kene carik leader baru kot...
 
dubai pun x ramai org malaysia pegi yek...
 
sape suruh letak tiket mahal2,huhu,skrg air asia dah dominate the skies.... hehe :D

Mmg btol, (1) harga tiket terlalu mahal. Penumpang domestik / intl smua ke AirAsia. (2) Lps tu byk route yg tk buat profit, knapa trus terbang? (3) Pesawat lma guna byk minyk, kos maintain terlalu tinggi. (4) Seat Occupancy sgt rndh bg sesetengah sektor. (5) Bhg catering jg asyik byk sisa makanan. (6) Kabin Krew terlalu rmai tp p'pang tk rmai (sehingga terjadi pramugara yg melampau)...:-?
 
Last edited:
jual lg tiket tu memahaii..
da la kapal terbang lamaa..cet!
 
maka akan terkuburlah MAS... dulu disegani..sekarang dicaci :D:D:D ..
 
Back
Top
Log in Register