combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Markas PPM Wilayah 3 Tok Bali Mula Beroperasi Pada November - Saifuddin Nasution
Bangunan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Tok Bali yang dijangka mula beroperasi November ini. Markas berkenaan akan menempatkan 111 pegawai dan anggota bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan serta keselamatan perairan Pantai Timur. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Tok Bali, di sini dijangka mula beroperasi November ini dengan kekuatan 111 pegawai dan anggota bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan serta keselamatan perairan Pantai Timur.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengoperasian markas berkenaan penting dalam memastikan pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di perairan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Beliau berkata markas itu dilengkapi pelbagai kemudahan bagi menyokong operasi termasuk bangunan pentadbiran, rumah bot, bengkel mekanikal, jeti, balai pengawal, stor peluru dan kemudahan sokongan lain.
Saifuddin Nasution berkata projek bernilai RM80.01 juta itu dilaksanakan oleh PBLT Sdn Bhd, selain menyediakan 82 unit kuarters untuk anggota yang bertugas di markas berkenaan.
“Hal ini penting (kuarters) supaya anggota kita apabila dia bertugas menjaga perairan, kebajikan dan keluarga dia… dia tahu berada dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan projek siap markas PPM berkenaan di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata penubuhan markas itu penting dalam menghadapi pelbagai ancaman di perairan Pantai Timur, termasuk penyeludupan dadah dan senjata api, pendaratan pendatang tanpa izin dan pelarian serta pencerobohan nelayan.
Beliau berkata kehadiran pasukan penguatkuasaan yang lebih kukuh di kawasan berkenaan turut memberi manfaat kepada komuniti Tok Bali dan kawasan sekitarnya, khususnya masyarakat yang bergantung kepada aktiviti perikanan dan ekonomi maritim.