BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MARDI Saran Operator Dron Dapatkan Sijil RCOC-AL

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,563
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,563
Reaction score
323
Points
141
3ce040559b2b0c755582dcd51bca6a3268a446538141d

1b7bb73bf23364fe4eb3503c3abf739a68a44679041b6

Pengerusi Lembaga Pengelola Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Azman Ismail (enam dari kiri) meneliti dron pertanian pada Majlis Perasmian Jelajah Dron Pertanian 2025 di sebuah hotel di Alor Setar.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyarankan operator dron pertanian mengikuti modul pensijilan baharu Remote Certificate of Competency-Agriculture Light (RCOC-AL) bagi memastikan teknologi itu digunakan secara tepat untuk mencatat hasil yang optimum.

Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Dr Azman Ismail berkata modul yang mendapat pengiktirafan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu juga membolehkan operator dron diiktiraf sekali gus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan industri terhadap kepakaran tempatan.

“Dron jika digunakan dengan cara dan formula yang tepat serta optimum akan meningkatkan hasil tetapi jika digunakan tanpa mengambil kira faktor (penting) lain, ia akan memberi kesan negatif.

“Aspek keselamatan juga kita bimbang jika tiba-tiba dron jatuh dan saya bersyukur pengendali yang dilatih dengan modul ini mempunyai garis panduan, seterusnya menyumbang hasil pertanian yang baik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Jelajah Dron Peringkat Zon Utara di sini hari ini.

Azman berkata penggunaan teknologi dron memberikan pelbagai manfaat dalam sektor pertanian termasuk pengurusan tanaman yang lebih cekap, pemantauan tanaman secara masa nyata serta pembajaan dan penyemburan racun serangga secara lebih berkesan.

Beliau berkata lebih banyak agensi diseru menyokong serta melabur dalam teknologi ini agar sektor pertanian negara dapat bergerak seiring dengan Revolusi Industri 4.0 dalam penggunaan teknologi digital.

“Ia adalah satu keperluan dan bukan lagi pilihan, saya percaya ini akan membuka lembaran baharu kepada sektor pertanian yang lebih moden, cekap dan berdaya saing,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

 
Back
Top
Log in Register