BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manjoi dilanda puting beliung, 57 rumah rosak

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
ribut%20manjoi%202.ashx


IPOH: Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting beliung petang tadi.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.

Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian bumbung.

“Bahagian yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh,” katanya selepas melawat rumah mangsa di Kampung Tengku Hussein Baru.

Beliau berkata mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein Baru, bagaimanapun jumlahnya masih belum dikenal pasti.

“Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Seorang mangsa Habsah Yassin, 86, dari Kampung Tengku Hussein Baru berkata bumbung rumahnya diterbangkan angin dengan sekelip mata dan menimpa kereta cucunya serta pagar rumah sementara barang-barang lain turut rosak. Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar sate bersama anggota keluarganya.

“Kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat,” katanya sambil menjelaskan kejadian itu merupakan kali ketiga sepanjang 35 tahun beliau menetap di kampung itu. - Bernama


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14467#sthash.JKYEk2N2.dpuf
 
rumah kampung aku tak kena. sib baik. kesian pada mangsa.
 
Alhamdulillah nasib baik tiada mangsa
yang cedera.

Ingat manjoi, ingat SYJ MAY SOFEA...
 
rumah opah aku kene..huhu..
bumbung rosak
 
takper .. nanti bantuan sampai

InsyaALLAH :D ...

kalau datang .. terima jer :D ...

jangan sbb politik .. tolak rezeki dari ALLAH :D
 
dulu pekan ni tempat main main tok masa kecik..
 
Takziah pd keluarga mangsa.....
 
sabarlah dgn ujianNYA..nanti ramai yg hulurkn bantuan..insyaAllah
 
Semacam je teman nengok angle piring satelit tu. Tadah ke mana la agaknya.
 
Back
Top
Log in Register