BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa lemas di Lata Hammer ditemui

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Mangsa lemas di Lata Hammer ditemui
FB_IMG_1648645024760.jpg

BENTONG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di air terjun Lata Hammer di sini, pada Ahad lalu ditemukan lemas hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor ditemukan pasukan penyelamat kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Kita menemui mangsa kira-kira 100 meter dari tempat mangsa lemas.

"Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan air terjun untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, kegembiraan enam lelaki mandi air terjun bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas di air terjun berkenaan.

Pasukan bomba menerima maklumat jam 3.35 petang mengenai sekumpulan lelaki mandi di kawasan air terjun terbabit, dengan dua daripada mereka dilaporkan lemas.

Mangsa pertama, Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul 8.16 malam hari yang sama.

Kawasan tersebut hanya boleh dilalui dengan menaiki motosikal dan berjalan kaki selain tiada liputan komunikasi.
#astroawani
 
Kalau dah ajal, air takat lutut pun boleh lemas........
 
Air Terjun Lata Hammer makan nyawa lagi. Mayat timbul selepas laungan azan​

20 Februari 2024

2544924.jpg

Mangsa ditemukan lemas kira-kira jam 11.50 pagi pada Selasa. Foto ihsan PDRM

BENTONG - Selepas tiga hari, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor yang hilang ketika beriadah di Air Terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama Bentong-Gombak di sini pada Ahad ditemukan lemas pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, mangsa Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, timbul di permukaan kira-kira jam 11.50 pagi iaitu kira-kira lima meter lokasi mangsa dipercayai lemas.

Menurutnya, mangsa timbul selepas salah seorang ahli keluarga melaungkan azan di tempat kejadian.

"Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Bentong untuk bedah siasat.

2544925.jpg
Jenazah mangsa timbul selepas salah seorang ahli keluarga mangsa melakukan azan di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga melibatkan seramai 43 orang terdiri daripada pegawai dan anggota dari pelbagai agensi iaitu polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), Bentong Treckker yang menghulurkan bantuan aset serta sumber," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, kegembiraan lapan sahabat beriadah di Air Terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama Bentong-Gombak di sini bertukar tragedi selepas salah seorang dikhuatiri lemas pada Ahad.

Zaiham memberitahu, mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Janda Baik, di sini adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Artikel Berkaitan:

Back
Top
Log in Register