BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manggis mungkin penawar batuk kering [TB]

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Xanthone dalam buah maggis berpotensi untuk melawan TB yang kini kebal ubat
24/3/2017


mangosteen.jpg


SINGAPURA: Satu kompaun semula jadi yang didapati dalam buah manggis mungkin boleh menjadi penawar baru bagi penyakit batuk kering (TB). Demikian menurut satu kajian oleh para pengkaji dari Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS Medicine).

Para pengkaji mendapati bahawa bahan Xanthone, yang mempunyai ciri-ciri anti-pengoksidaan dan anti-bakteria, boleh berkesan dalam menyekat dan membunuh Mycobacterium tuberculosis (Mtb), bakterium yang mengakibatkan TB.

Malah, xanthone juga berisiko rendah menyebabkan ketahanan ubat, justeru ia berpotensi digunakan untuk menghasilkan ubat anti-TB, tambah kajian itu lagi.

Kajian tersebut, yang dimulakan tiga tahun lalu dan diterbitkan di European Journal of Medicinal Chemistry, dijalankan di bawah Program Singapura tentang Kajian Menyiasat Pendekatan Baru Merawat Batuk Kering (SPRINT-TB), program melibatkan berbilang pihak berpangkalan di Singapura.

Kajian sebelum ini di Singapura yang menggunakan ekstrak-ekstrak manggis mendapati bahawa xanthone berkesan melawan jangkitan bakteria seperti Staphylococcus. Ini mendorong para pengkaji menyiasat potensi jenis kompaun ini dalam melawan bakteria TB yang tahan ubat.

"Kami mendapati bahawa xanthones berkesan dalam membunuh jenis-jenis bakteria yang degil, dan ciri ini boleh membawa kepada kaedah-kaedah terapi yang menyingkatkan tempoh rawatan," kata ketua SPRINT-TB, Profesor Nicholas Paton, dari Divisyen Penyakit Berjangkit, NUS Medicine.

Jenis-jenis penyakit TB yang biasa dijangkiti kini sudah tahan ubat terhadap pelbagai jenis ubat, hingga sesetengah ubat yang sedia ada tidak lagi berkesan memulihkan penyakit itu.

Para pesakit TB kini perlu menjalani rawatan yang boleh berlarutan sehingga enam bulan atau lebih. Oleh itu xanthone boleh menjadi pilihan menarik untuk melawan TB yang tahan ubat, kata para pengkaji.

Di Singapura, terdapat 41.1 kes TB bagi setiap 100,000 orang pada 2016, dengan Asia membentuk 59 peratus kes-kes TB di dunia.

Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (24 Mac), iaitu Hari Batuk Kering Sedunia, menyatakan bahawa ia sudah dimaklumkan tentang 1,617 kes baru TB di kalangan penduduk Singapura pada 2016, lebih tinggi daripada 1,498 kes pada 2015.
 
lama tak manggis..

kalau bole jd ubat utk batuk kering bagus la
 
x blh tahan manis diya... blh kena kencing manis...
 
Back
Top
Log in Register